“Errkkk… ‘Extra Seasoning’” Peniaga Pasar Malam Gaul Ayam Berempah Tak Pakai ‘Glove’ Buat Netizen Loya!

Tidak kira lah mahu masak apa sekali pun, namun jika disebut sahaja bab makanan, pastinya kita harus lebih menjaga kebersihan demi kesihatan diri sendiri.

Contohnya makanan tersebut tidaklah terdedah pada persekitaran yang kotor, bahan yang telah tamat tarikh luput bahkan cara penyediaannya juga perlu dalam keadaan bersih.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana cara penyediaan sebuah gerai di pasar malam mampu membuatkan ramai yang ‘loya tekak’ melihatnya.

Difahamkan, mereka mempromosikan perniagaan nasi tomato ayam berempah yang terletak di Pulau Pinang dalam satu ‘page’ makanan terkenal di Instagram.

Pun begitu, ianya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen ketika mereka menunjukkan cara penyediaan ayam berempah tersebut.


Berdasarkan rakaman video itu, ayam digaul dengan resipi rempah mereka sebelum digoreng panas-panas dan dihidangkan di khemah jualan.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah pakcik yang menggaul ayam itu tidak memakai sarung tangan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berasa geli melihat cara penyediaan tersebut malah turut menegur peniaga agar memakai sarung tangan.

“kot ye pon lain kali pakai lah sarung tangan tak kan tu pun nak kena cakap”

“tiba2 rasa loya”


“semua menyebabkan kembang tekak.. bagi free pun aku tak mau”

Pun begitu, ada juga sesetangah netizen yang menyifatkan perkara tersebut normal selagi peniaga membasuh tangan terlebih dahulu.

“banyak bunyi la pakai glove.. dah tu mamak tak pakai glove licin pula korang makan.. takde bunyi pulakk”

“asalkan dia basuh tangan bersih & halal.. gi makan hotel 5 star pun chef tak pakai glove masa gaul makan.. ”

“kalau pakcik ni gaul ayam dalam dapur hotel pakai baju chef tak pakai glove kena kecam tak?”

Video yang tular di laman Instagram: