Anak Sedih Tak Dapat Buatkan Marmar Untuk Kubur Ayah, Netizen Gelar Malu Tak Kena Tempat

Apabila genap 100 hari ahli keluarga meninggal dunia, kita mula membuat kepuk dan nisan di atas kubur. Malah kita juga akan membuat tempahan batu nisan bertulis nama arwah selain memasang marmar atas kubur agar kelihatan kemas dan terjaga.

Pun begitu, perlu juga kita ketahui, menghias kubur secara berlebihan boleh menjadi bidaah dan jatuh haram jika niat kita untuk menunjuk-nunjuk.

Persis kisah yang dikongsikan di Facebook, seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga menzahirkan kesedihan apabila dia tidak mampu menghias kubur arwah bapanya seperti orang lain.

Menerusi hantaran yang dibuat, dia akui keluarganya adalah orang ‘berada’ namun tiada siapa yang ingin membuat binaan batu marmar berkenaan.

“Saya cuma nak kongsi perasaan… saya ada ramai adik beradik dan semuanya orang senang kecuali saya sebab baru-baru berkahwin ni banyak hutang yang perlu kami suami isteri bayar. Alhamdulillah masih bertatih lagi.

“Saya cuma sedih apabila melawat kubur arwah ayah. Rasa bersalah, bercampur malu dengan orang lain yang datang ziarah kubur saudara mara mereka.

“Iyalah kubur orang lain semua sudah pasang marmar, saya jadi malu sedangkan keluarga saya orang berada,” katanya.

Dia turut dijadikan buah mulut orang kampung kerana tidak membina marmar di kubur.

“Hakikatnya memang ada orang mengata. Arwah dah tiada siapa-siapa… ibu saya pun sudah berkahwin dengan orang lain.

“Apabila tibanya raya, saya seorang sahaja yang melawat kubur arwah. Adik beradik semua takkan pulang ke kampung lagi kerana masing-masing sibuk dengan kemewahan yang dimiliki.

“Doakan saya dapat kumpul wang untuk buat kubur arwah ayah supaya nampak macam kubur orang lain,” katanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen. Rata-rata berasa tidak sepatutnya dia malu kerana gagal membuat binaan atau kepuk di sekeliling kubur ayahnya.

Selain itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan perbuatan membina kubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur dan seumpamanya adalah makruh manakala pembinaan kubur dengan batu marmar dan seumpamanya adalah haram.

Perbuatan tersebut dilarang Rasulullah SAW atas dasar pembaziran yang ditegah oleh syarak serta unsur-unsur kemegahan dan kebanggaan yang dicela oleh Islam.

Berikut antara komen-komen netizen di Facebook

Hantaran yang tular di laman Facebook