Minat Main Dari Kecil Lagi, Budak Ini Selamba Masuk Sampai ke Dalam Mesin Patung

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Namun terkadang ada juga karenahnya yang tak tercapai dek akal dan terkadang membuatkan para ibu ‘naik hantu’ melihatnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki selamba masuk ke dalam mesin patung mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @…ria1401, kelihatan anaknya sedang bermain mesin patung yang telah disediakan di premis tersebut kerana dikatakan anaknya memang minat melihat dan bermain mesin patung.

Namun siapa sangka, dia tiba-tiba dilihat sudah berada di dalam mesin patung tersebut bahkan difahamkan dia juga tidak berhasrat untuk mengambil anak patung tersebut.

Sebaliknya, budak lelaki ini hanya ingin mencuba perkara baru kerana melihat pintu yang boleh di buka pada bawah mesin tersebut dan beranggapan bahawa ianya boleh dimasuk.

“bila tengok balik lawak laaaa. dari kecik minat mesin patung ni sampai p masuk dalam tu” ujar ibunya di ruangan kapsyen.

Menjengah sebuah lagi video lain, dapat kita lihat seorang lelaki sedaya upaya membantu budak comel itu keluar daripada mesin tersebut sambil dilihat beberapa orang yang lain.

Video yang tular di laman TikTok:

@…ria1401 bila tengok balik lawak laaaa 🤣🤣🤣🤣. dari kecik minat mesin patung ni sampai p masuk dalam tu . #fyp #anakkaumainphone? #izzulezra #patungmesin ♬ ANAK KAU MAIN HP – UWAIS & JUWITA 🤍

@…ria1401 Reply to @azzaharun0201 ♬ Senyumanmu (Aduh Kamu Itu Bikin Aku Lemas) – Asep & Ikyy Pahlevii

Ketika artikel iniditulis, video tersebut telah meraih 1.3M tontonan, 140.8K tanda suka, 1717 komen dan 1524 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat budak lelaki tersebut yang selamba masuk ke dalam mesin patung tersebut malh berseloroh meminta budak lelaki itu mengambil semua patung yang berada di dalam mesin itu.

Antara komen warga maya: