Ibu Hanya Mampu Berdiri Kaku Kedai Dirempuh Myvi, Anak Kongsi Voice Note Buat Ramai Sebak

Kemalangan adalah satu benda yang kita tidak boleh jangka bahkah ianya boleh berlaku tidak kira waktu dan tempat namun ada juga kemalangan ‘pelik’ yang terjadi sehinggakan menimbulkan tanda tanya bagaimana ianya boleh berlaku dan apa puncanya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana peniaga berusia 56 tahun ini yang sedih mengenangkan kemusnahan di kedai makan miliknya mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, dia yang dikenali sebagai Norriza Saad berkata kedai yang diusahakan di Bintung, Kangar, Perlis itu dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi, sekitar jam 12.15 tengah hari pada Khamis.

Menurut Norriza, dia terkejut dengan rempuhan itu, menyebabkan dia berdiri kaku dan tidak sempat untuk melarikan diri.

“Kedai makcik ada dua kaunter. Satu kaunter nasi lemak, satu lagi kaunter nasi ayam. Ketika kejadian, makcik tengah bungkus nasi ayam, tiba-tiba kereta itu masuk dan melanggar kaunter nasi lemak.”

“Disebabkan terkejut, makcik berdiri keras di tempat bungkus nasi ayam. Staf suruh lari, tapi makcik berdiri kaku saja. Memang habis berselerak. Dah tak ada rupa nasi lemak. Cermin di kaunter nasi ayam pun pecah,” ujarnya.

Bagaimana pun, dia bersyukur tiada mana-mana pelanggan mahupun kakitangan kedai berada di kawasan rempuhan tersebut ketika ia berlaku.

“Kalau ikut kebiasaan hari-hari, memang ramai pelanggan termasuk budak-budak sekolah dalam jam 12 tengah hari. Tapi kuasa Allah, ditakdirkan tiada siapa ada di depan kedai makcik pada waktu itu.”

“Kalaulah ada pelanggan, sudah tentu akan berlaku kemalangan jiwa. Syukur sangat tiada siapa cedera. Masa tu, pelanggan makcik pun duduk menunggu dalam kereta dia saja.”

“Ini merupakan kejadian pertama di kedai makcik. Rasa trauma dan terkejut tak hilang lagi. Mungkin akan cuti sehari atau dua hari untuk baiki kerosakan,” ujarnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@misyaleyy alhamdulillah semua selamat🤲🏻dugaan 2022#perlisaktif #fyppppppppppppppppppppppp #myviking ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

“Anak maklumkan dia masukkan video ke TikTok. Makcik bersyukur ramai yang doakan kesihatan makcik. Doa orang ramai InsyaAllah makbul.”

“Aturan Allah kita tak tahu, makcik terima ujian ini, mungkin ada hikmahnya. Makcik dah 14 tahun berniaga selepas kematian suami akibat diabetes pada tahun 2001.”

“Makcik dulu miskin tegar, kisah hidup makcik ada sejarah. Sendirian besarkan lima anak,” ujarnya sebak.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Wari Kiew dalam satu kenyatan berkata, kejadian tersebut berlaku apabila pemandu lelaki berusia 72 tahun tertekan pedal minyak ketika membelok masuk ke lorong sebelah kanan jalan bersebelahan kedai makan berkenaan.