CEO Pengeluar Pfizer Akhirnya Positif COVID-19, Dilaporkan Hanya Alami Simptom Ringan

Seperti yang kita tahu, penyakit tular menular COVID-19 merupakan suatu wabak yang bahaya sehingga boleh mengakibatkan maut. Walaupun kadar penyakit ini semakin menurun ketika ini, kita tidak boleh mengambil enteng sahaja dalam mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam kehidupan seharian kita.

COVID-19 ini sangat berbahaya sehinggakan ia mampu menjangkiti sesiapa sahaja, tidak kira di mana, dan bila-bila masa.

Berdasarkan laporan Siakap Keli, CEO syarikat pengeluar vaksin Pfizer, Albert Bourla telah dilaporkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Inc. itu dikatakan kini sedang menjalani rawatan dengan menggunakan ubat antiviral Paxlovid yang dihasilkan oleh syarikat miliknya itu.

Menurut ciapan yang telah dibuat di halaman Twitternya, beliau menyatakan bahawa beliau hanya mengalami simptom-simptom yang ringan dan dalam keadaan yang sihat.

I would like to let you know that I have tested positive for #COVID19. I am thankful to have received four doses of the Pfizer-BioNTech vaccine, and I am feeling well while experiencing very mild symptoms. I am isolating and have started a course of Paxlovid.” tulisnya.

Memetik laporan Bloomberg, beliau telah menerima empat dos vaksin Covid yang juga telah dihasilkan oleh syarikatnya bekerjasama dengan syarikat BioNTech SE.

CEO syarikat pengeluaran Pfizer ini merupakan salah seorang antara orang ramai di seluruh dunia yang dijangkiti Covid, walaupun telah menerima vaksin penuh serta vaksin penggalak.

Difahamkan, virus Covid yang bermutasi ini semakin lama semakin bijak dalam memanipulasi sel untuk menjangkiti manusia walhal sudah disuntik dengan vaksin dan dos penggalak sekalipun.

Bourla juga telah memaklumkan bahawa beliau dalam proses mengasingkan diri dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak tersebut.

Tuntasnya, penyakit ini sangat berbahaya sehinggakan mampu menjangkiti sesiapa sahaja walaupun sudah menerima dos vaksin yang lengkap.

Oleh leh hal demikian, kita haruslah mengamalkan SOP yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi usaha mencegah diri daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Ciapan yang telah dibuat: