“Memilukan,” Ibu Gajah Cuba Bangunkan Anaknya Yang Mati Terkena Renjatan Elektrik Buat Netizen Sebak

Haiwan diciptakan tidak mempunyai akal dimana mereka tidak dapat membezakan antarabetul dan salah namun pun begitu, mereka masih dikurniakan perasaan kasih sayang sama seperti manusia namun mereka tidak mampu untuk meluahkannya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana anak gajah terkena renjatan elektrik mengundang sebak ramai.

Difahamkan, kejadian malang itu berlaki di hutan Walayar, wilayah Palakkad di Kerala, India.

Menurut sumber, anak gajah tersebut dikatakan terpisah daripada kumpulannya di hutan sebelum tersesat masuk ke sebuah ladang yang mempunyai jaluran wayar elektrik.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat seekor anak gajah yang sudah ‘keras kejung’ akibat terkena renjatan elektrik.

Dikatakan, penduduk tempatan di situ menjumpai bangkai tersebut dan mendakwa terdapat tiga ekor gajah gajah dewasa yang lain dipercayai kawanannya turut berada di situ.

Pada ketika itu, gajah tersebut telah pun mati namun ketiga-tiga gajah tersebut didakwa menggerak-gerakkan bangkai anak gajah itu seolah-olah ingin ‘membangunkannya’ kembali tanpa mengerti apa yang sudah terjadi.

Namun apa yang menyayat hati adalah salah seekor daripada tiga gajah itu dipercayai ibu kepada anak gajah tersebut.

Penemuan bangkai itu dilaporkan kepada jabatan hutan dan penguatkuasanya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengambilnya bagi tujuan bedah siasat.

Menurut laporan media tempatan, kawasan tanah tempat bangkai anak gajah itu ditemui tersebut dipajakkan kepada pengusaha ladang oleh pihak Kuil Sree Emoor Bhagavathy.

Video yang tular:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sedih melihat insiden tersebut dan ada juga yang memberikan pandangan, pendapat serta cadangan dari pelbagai sudut.