[VIDEO] “Wajah berubah, bibir hitam,” Ustaz Kazim Dakwa Tekena Penyakit Ain

Sebut sahaja nama penceramah bebas Ustaz Kazim Elias atau nama sebenarnya Datuk Ustaz Kazim Elias Al-Hafizs, mesti ramai yang terngiang suaranya yang merdu dan cara penyampaian dalam dakwahnya yang santai dan tenang.

Bagaimana pun, baru-baru ini kita dikejutkan dengan pendedahan bahawa dirinya dislhir.

Terdahulu, Dia yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah dikatakan mengalami bengkak pada bahagian betis dan kaki kirinya namun kini sudah mampu berjalan tanpa bantuan tongkat mahupun kerusi roda Oktober lalu.

Menerusi kuliah Sembang Santai Bersama Duke di laman Facebook rasmi beliau pada Selasa, Ustaz Kazim sempat memaklumkan keadaan dirinya yang terkini.

Pendakwah kelahiran Perak itu mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutamanya bahagian mata dan bibir.

“Inilah dia, jadi tuan puan boleh tengok sendiri macam mana. Saya rasa wajah saya mungkin berubah 50 hingga 70 peratus daripada yang asal.

“Nampak lain kan? Itulah sahaja yang dapat saya beritahu apabila orang bertanya tentang kesihatan saya.

“Lihat mata dan hujung mata, lihat bibir dan bawah bibir. Habis jadi hitam,” katanya.

“Saya berpendapat, penyakit yang saya hadapi ini ada berkaitan dengan ‘ain.

“Oleh itu saya kini sedang membuat rawatan,”

“Jika tidak sembuh juga, saya kena mandi di sungai pada waktu Subuh,” katanya.

Difahamkan, mandi sungai merupakan salah satu ikhtiar buat dirinya untuk kembali sembuh seperti sedia kala.

Dalam masa yang sama, Ustaz kazim juga sempat mengulas tentang betapa bahayanya penyakit ‘ain setelah ditanya penonton.

“Ada yang bertanya penyakit ‘ain itu bahayakah? Rasulullah menyebut penyakit ‘ain ialah penyakit yang paling cepat membawa kematian. Ia bukan penyakit biasa.”

“Saya lebih nampak diri saya (mengalami) penyakit ‘ain iaitu penyakit mata orang yang mempunyai hasad. Jadi ia cukup bahaya,” katanya.”

Video tular di laman Tiktok:

@azlanazs #penyakit #ain #fyp #datoustazkazimelias #dakwah #islamic_video #tiktokguru_malaysia #viral #viralvideo ♬ bunyi asal – CaZs Production

Menurut sumber, beberapa penemuan barang meragukan seperti abu dan gambar Mohd. Kazim yang telah dibakar di dalam kawasan pusat pendidikan itu dan mereka tidak menafikan barang yang ditemui itu mempunyai unsur (mistik) berdasarkan sakit yang alami Mohd. Kazim.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menitip kan doa agar Ustaz Kazim kembali sihat dan dapat menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat seperti sedia kala.