“Patutlah sedap..” Wanita Terguna Minyak Sembahyang Housemate Buat Masak Tomyam

Bila tinggal bujang bersama ‘housemate’, mesti banyak perkara yang tak masuk dek akal berlaku namun tidak dinafikan, ini lah merupakan kenangan yang akan dibawa sehingga ke akhir usia.

Insiden tersilap masuk bahan dalam masakan adalah perkara biasa apatah lagi bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk belajar memasak, ada saja yang tersilap dan terlepas pandang.

Namun, lain pula dengan video ‘rare’ yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mengggunakan minyak sembahyang housematenya mengundang dekah ramai.


Menerusi video tersebut, dikatakan wanita itu menggunakan minyak sembahyang rakannya bagi menyediakan juadah makan malam dan dikira itu adalah minyak masak.


Wanita berkenaan memuat naik video perbualan bersama rakannya yang menggunakan minyak tersebut untuk memasak tomyam.

Ketika kejadian, dia terkejut apabila botol itu bertulis minyak sembahyang dan rakannya turut mengatakan minyak itu juga digunakan untuk membuat nasi lemak serta hidangan lain.

Apa yang lebih membuatkan netizen tidak kering gusi adalah wanita itu sempat berseloroh dengan mengatakan patutlah rasa tomyam dinikmati mereka terlebih sedap, rupanya tersalah guna minyak masak.

Video yang tular di laman TikTok:

@youcancallme.nell Reply to @shakirshahar97 btw🗿#tomyamkacukan #myfoodie #anakmamayanghebat ♬ Helikopter – Fazlija

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.0M tontonan, 189.5K tanda suka, 3991 komen dan 8374 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizn terhibur dengan gelagat mereka yang selamba terguna minyak sembahyang rakannya.

Bagaimana pun, dalam masa yang sama ada juga warga netizen yang mengatakan bahawa tidak menjadi msalah jika kita menggunakan minyak tersebut kerana tiada bahan campuran lain.

Tidak ketinggalan, ada juga segelintir warga maya yang memaklumkan minyak tersebut kelihatan begitu hanya kerana ia merupakan minyak beku sahaja. jadi tidak perlu risau.

Antara komen-komen netizen:

minyak tu mix dengan minyak sapi

jangan risau tu bukan keladak, minyak beku