“Memang menyeramkan”, Rakaman Penanggal Di Dungun Jadi Cetus Bualan Hangat Netizen!

Bila kita lihat di media sosial, pelbagai pengalaman seram yang diceritakan oleh warga maya. Ada yang hanya mendengar bunyi aneh, barangan bergerak sendiri, terlihat bayangan hitam, malah ada juga yang nampak dengan jelas makhluk halus tersebut.

Bahkan ada juga ‘sosok’ yang sempat terakam di dalam video tidak kira lah dashcam, CCTV atau video yang dirakam sendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana dua orang individu terserempak dengan satu entiti makhluk halus yang sangat menyeramkan.

Difahamkan, sosok tersebut merupakan ‘penanggal’ dan kejadian tersebut berlaku di Dungun.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mohdasraffirdaus, kedengaran wanita berkenaan sedang bertanyakan jalan kepada seorang lagi yang duduk di kerusi penumpang. Namun tiba-tiba makhluk tersebut melintas menyebabkan wanita itu sangat terkejut.


Pengguna TikTok itu juga sempat berkongsi tangkap layar rupa bentuk penanggal tersebut. Korang tengok lah sendiri, memang seram gila!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut meremang melihat rupa bentuk penanggal yang tiba-tiba muncul itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui di ‘area’ itu memang ada makhluk tersebut namun lama menyepi dan tidak sangka ia muncul semula.

Antara komen warga maya:

“Penanggal ni dia tuntut ilmu sebab nak cantik kan? Nak sentiasa kelihatan muda. Dekat tempat saya dulu ada”

“Saya tengok live malam tu..Dalam kul 2 lebih kejadian tu..memang menyeramkan..Adik kak Zura yang napok..Sebab dia berenti kete masa tu..Nak cari rumoh anak sedara dia”


“Kalau jumpa dengan aku masa aku ride motor memang aku nangis la”

“Tengah cari makanan tu..Dar*ah wanita bersalin, uri, baby dalam perut..Jaga2”

“Kat Dungun area pulau serai situ memang ada..Dari dulu lagi. Cuma dah lama dia tak heboh..Sekarang dah muncul balik..Tempat dia kat area kilang kayu lama”

Video yang tular di laman TikTok:

@mohdasraffirdaus Penanggal dungun #fyp #fypシ #fypシ゚viral🖤video ♬ Musik Seram Malam Mencekam – Rusli Ridwan