“Nasib dapat jiran busuk hati” Gara-Gara Salah Parking Tempat Orang, Kereta Lelaki Ini Penuh Dengan Sampah

Dalam kehidupan berjiran, perlulah kita memahami antara satu sama lain bahkan bertolak ansur agar tiada perselisihan faham berlaku.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini dikatakan mengamok apabila jirannya meletakkan sampah di dalam keretanya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bundlekitaa_, difahamkan lelaki ini tersalah meletakkan kenderaannya di petak parking orang lain menyebabkan kenderaannya dikunci tayar oleh pengawal keselamatan.

Bagaimana pun, jirannya itu bertindak untuk meletakkan sampah di tempat duduk pemandu yang menyebabkan kenderaannya berbau busuk.

“Kau bukak CCTV sekarang. P*im*k kau letak sampah dalam kereta aku. Kau ingat kereta ni beli murah-murah ke s*l. Beragaklah bang, orang salah letak je pun. Beragaklah sikit, ini sampah bod*h.”


Gara-gara berang dengan sikap jirannya itu, dia telah membuat satu laporan polis dan menceritakan perkara sebenar mengenai kejadian dalam laporan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut geram dengan sikap jirannya yang agak melampau dengan meletakkan sampah sarap.

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan lelaki ini yang parking di tempat orang selama dua hari lamanya. Menurut netizen dalam hal ini kedua-dua pihak adalah bersalah.

Antara komen warga maya:

“saya rasa dalam hal nidua dua salah”

“2 hari tu kau buat apa bang?”

“makk aii.. 16/7 parking.. 18/7 baru turun ke kereta.. 2 hari park petak orang??ke mata aku rabun tarikh tu?”


Video yang tular di laman TikTok:

@bundlekitaa_ Apalah nasib dapat jiran busuk hati buat macam ni kat kereta orang 😢 Sabarlah wahai hati .. Kereta peninggalan arwah ayah .. #fypdongggggggg #fypage #fypシ ♬ original sound – Bundlekitaa_

@bundlekitaa_ Replying to @classclownnn #fypage ♬ Tobat Maksiat (TOMAT) – Wali