Lesap Dicuri Di Genting Highlands, Akhirnya Honda Civic Type R Pelancong Singapura Dijumpai!

Kes kecurian kenderaan ini bukanlah satu isu yang baharu susulan banyak yang terjadi sebelum ini bahkan ada juga kenderaan yang hilang walaupun diparking di dalam rumah sendiri.

Hairan betul macam mana pencuri ni buat kerja, tahu tahu lesap!

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah kenderaan kepunyaan Pelancong Singapura, Damien dilaporkan hilang pada 16 Julai lalu ketika bercuti di Genting Highland akhirnya berjaya ditemui oleh pihak polis di letak tempat kereta kondominium di Sepang pada 19 Julai mencuri perhatian ramai.


Menerusi Media Motehrship, Pihak polis menerima satu laporan daripada seorang pengawal keselamatan yang mengatakan sebuah kereta Honda Civic telah dipandu oleh seseorang dalam keadaan yang sangat mencurigakan telah masuk ke dalam kawasan kondominium tersebut.

Kira-kira jam 6 pagi pada hari yang sama, kereta tersebut telah masuk ke letak tempat kereta di kondominium selepas dicuri dari tempat letak kereta di SkyAvenue, sebuah pusat beli-belah di Resorts World Genting.



Setibanya polis di tempat kejadian, mereka mendapati kereta tersebut merupakan kenderaan yang hilang sebelum ini setelah melakukan beberapa pemeriksaan.

Tidak cukup dengan itu, kereta mewah itu juga telah diubah suai dengan menukarkan plat kereta itu kepada plat Malaysia malah warna asal kereta itu juga telah ditukarkan kepada warna putih hitam bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Berkongsi lanjut, apabila Damien yang juga merupakan pemilik kepada kereta Honda Civic Type R membuat pemeriksaan, dia mendapati beberapa barangan telahpun berjaya dicuri seperti rim 18 inci, sistem bunyi dan kamera kereta.

Difahamkan, Damien akan membawa kenderaan tersebut ke bengkel di Singapura untuk membaiki kerosakkan serta mengetahui jumlah kerugian yang dialami.

Damien juga mengucapkan ribuan terima kasih pada anggota polis Malaysia yang begitu cekap mengesan dan mencari kenderaannya yang hilang. Bukan itu sahaja, dia juga berterima kasih kepada pengawal keselamatan yang melaporkan tentang sebuah kenderaan yang mencurigakan.