Melayang RM2,540! Nabil Terduduk Terlepas Konsert Billie Eilish, Sangka Berlangsung 2 Hari

Kemeriahan konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Axiata Arena, Bukit Jalil sememangnya tidak dapat dinafikan apatah lagi ianya merupakan konsert sulungnya di Malaysia.

Bagaimana pun, siapa sangka pelawak dan penyampai radio terkenal iaitu Nabil Ahmad ‘terlepas’ konsert tersebut setelah menyangka ianya berlangsung selama 2 hari.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @era.je, Nabil terkejut dan terduduk apabila menyedari konsert tersebut sudah berlalu semalam selepas dia membeli lima tiket yang berharga RM508 untuk setiap satu.


Oleh kerana pelawak berusia 39 tahun ini membelikan tiket tersebut untuk keluarganya, jadi dia menanggung kerugian sebanyak RM2,540.

Dia terus menghubungi isterinya untuk memaklumkan perkara tersebut malah dapat juga kita lihat artis dan penyampai radio yang berada di konti era juga terkejut dengan perkara tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan kata-kata positif buat nabil bahkan mengatakan agar tidak perlu sedih dengan apa yang berlaku kerana Allah sedang melindunginya dari melakukan perkara yang lagha.

Pun begitu, ada juga netizen yang ‘ralat’ mengenangkan perkara tersebut. Manakan tidak, ada orang yang mahu pergi ke sana namun tiket sudah ‘sold out’ tapi Nabil boleh pula terlupa tarikh konsert itu.

Antara komen warga maya:

“Takpa lah bang, Allah nak jauhkan abang dari perkara2 yang lagha”


“mungkin ini ada hikmahnya.. orang yang mengabaikan perkara melalaikan.. bakal di beri ganjaran di sana kelak”

“Bukan takde rezeki tap terhindar dari segala apa yang melalaikan”

“omg habis macam tu je duit”

“Macam mana boleh terleas concert billi eilish ni..”

“Lepastu tiket yang duduk jauh, dapat tengok bilis eilish jela”

“Benda pun dah terlepas nak buat macam mana en..”


Video yang tular di laman TikTok:

@era.je Hahaha, buat hal lah @nabilzira . Dia boleh pulak terlupa tarikh konsert @billieeilish . Dia ingat konsert tu ada 2 hari. 😂 #sharERA #3PagiERA #fyp ♬ original sound – ERA