Dakwa Jurujual ‘Mark Up’ Harga, Wanita Ini Samakan Honda Miliknya Dengan ‘Civic Type R’ Buat Ramai Geli Hati

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis kenderaan berjenama Honda sesuai dengan cita rasa pengguna.

Manakan tidak, ada yang meminati kereta bersaiz kompak atau perlukan ruangan luas serta pemilik yang gemarkan aktivti perlumbaan. Pastinya, harga kenderaan ini akan berbeza harganya mengikut kategori sendiri.

Bagaimana pun, baru-baru ini gelagat seorang wanita mencuri perhatian ramai apabila mendakwa penjual kereta cuba ‘mengambil untung lebih’ dengan menaikkan harga kereta jualannya itu.

Difahamkan, pada awalnya seorang pengguna TikTok @recondkelate memuat naik satu video dimana memaklumkan pada sesiapa yang berminat untuk memiliki Honda Civic Type R, pelanggan perlu mempunyai minimun gaji RM7,000, bayaran deposit (RM27,000) dan komitmen bulanan sekitar lebih RM2,800.

Pun begitu, datang seorang wanita mendakwa lelaki tersebut ‘mark up’ harga yang tinggi dan ingin mengaut untung lebih semata-mata.

Dia juga memaklumkan dia turut menggunakan kereta Honda namun tidak memerlukan gaji minimun serta komitmen bulanan setinggi seperti yang dinyatakan oleh jurujual terbabit.


Komen wanita itu nyata membuatkan orang ramai geli hati sekaligus menganggap wanita ini kurang pengetahuan tentang kereta Honda.

Manakan tidak, Honda Civic versi hatchback berlogo ‘R’ yang mempunyai prestasi tinggi boleh digunakan berlumba di litar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan komen yang dianggap kurang bijak daripada wanita tersebut.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan spec kereta yang digunakannya hanya sesuai untuk pergi ke pejabat manakan spec kereta yang dinyatakan oleh penjul tersebut untuk racing.

Antara komen warga maya:

“Ini type R kak oii”

“Dia ingat semua H sama level agaknya”


“Akak jangan main2 dengan huruf R tu kak..”

“saya yang wanita ni pun tergelak baca komen akak ni..”


Video yang tular di laman TikTok:

@recondkelate Replying to @reena.indah ♬ suara asli – W i n d u – Ekawindu.p

Sekadar info, komen tersebut telah pun dipadam oleh dirinya sendiri, dipercayai telah sedar kesilapannya menyamakan model Civic digunakan ke pejabat dengan ‘Civic Type R’ boleh digunakan untuk berlumba di litar.