Pemandu Bezza Dipercayai Mabuk Pandu Lawan Arus, Penunggung Motorsikal Cedera Parah Dilanggar

Isu pandu kenderaan lawan arus ini bagai tiada kesudahan. Bila diselidik dengan lebih dalam, rupa-rupanya pemandu berada di bawah pengaruh alkohol.

Kejam dan sangat mementingkan diri sendiri, bukan sahaja ia menyusahkan orang lain malah dapat meragut nyawa insan yang tidak berdosa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah kenderaan pacuan empat roda jenama Perodua Bezza nombor pendaftaran VDS 9793 memandu secara lawan arus sehingga menyebabkan kemalangan berdekatan Plaza Tol Panglima Garang telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dirakam oleh seorang pemandu lori dan dimuat baik di laman Twitter @MALAYSIAVIRAL, difahamkan pada awalnya dia melanggar Honda CR-V sebelum bertindak memandu secara lawan arus.

Namun lebih tragis apabila dia melanggar pula seorang penunggang motosikal sehingga mangsa separuh mati sewaktu memecut di lorong kecemasan untuk melarikan diri.

Dapat juga kita lihat keadaan kereta bezza yang teruk remuk dan motor yang ‘hancur’ beserta darah yang melimpahi permukaan jalan.

Geram dengan sikap kurang ajar lelaki tersebut, orang ramai bertindak untuk ‘mengajar’ pemuda itu beramai-ramai manakalah yang lain membantu memberikan rawatan awal kepada mangsa yang telah dilanggar.

Apa-apa pun, ulasan yang diberikan oleh pemandu lori ini memang terbaik. Bukan sahaja kualiti video yang jelas, malah daripada awal sehingga tamat video dia mengulas isu tersebut dengan baik sehingga dapat difahami oleh orang ramai tentang kejadian tersebut.

Video yang tular di laman Twitter:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 125K tontonan, 4248 ulang kicau dan 3913 tanda suka di platform Twitter:

Berikut merupakan komen warga maya: