“Jangan persoalkan jodohku” Wanita Bahagia Suami Warga Bangladesh, Akui Jadi Bapa Tiri Penyayang

Benar kata orang, jodoh pertemuan itu rahsia tuhan dan sememangnya kita tidak tahu kapan ia akan datang dan bila ia akan pergi. Bercinta lah walau bertahun-tahun sekali pun andaikata sudah ditakdirkan tiada jodoh maka tetap akan terlerai.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini memilih lelaki warganegara Bangladesh sebagai teman hidupnya mencuri perhtian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @azah_aziz98, dia meminta agar orang ramai tidak memersoalkan pilihannya yang berkahwin dengan lelaki tersebut.

Difahamkan sebelum ini dia pernah berkahwin dengan orang melayu, namun jodoh terhenti di situ dan hubungan mereka tidak kekal lama.

Selepas bercerai, dia berjumapa dengan seorang lelaki warga Bangladeh dan bersyukur kerana suaminya itu merupakan lelaki yang sangat baik dan penyayang.

“Jangan persoalkan jodohku. Aku pernah berkahwin dengan lelaki melayu kemudian lepas bercerai hadir si dia. Dia boleh jaga 2 anak tiri dengan baik. Tengok anak-anak aku dah besar. Sekolah, makan, minum dan pakaian anak-anak tiri semua dia tanggung tak pernah bezakan anak-anak.”

“Makan minum tak pernah berkira. Dia selalu bersamaku ketika kerja, shopping dan sentiasa teman masa sakit.”

Menerusi video lain, dia juga turut menceritakan kejayaan mereka daripada memulakan perniagaan dari bawah sehingga berjaya dan kini sudah ada pejabat sendiri.

“dia suami yang baik, bapak Tiri yang awesome,bapak yang hebat. kawan aku yang supportive ..” ujarnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@azah_aziz98 dia suami yang baik, bapak Tiri yang awesome,bapak yang hebat. kawan aku yang supportive #mixmarried #mixmarriage #bangladeshmalaysia_tiktok ♬ Selow – Nella Kharisma

@azah_aziz98 Doakan kami #mixmarriage #bangladeshmalaysia_tiktok #marriedlife #bussinesspartners ♬ Original Sound – Unknown

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 131.1K tontonan, 21.9K tanda suka, 1268 komen dan 93 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing terhadap isu tersebut. Dapat kita lihat, ada yang menyokong dan ada juga yang tidak namun pokok pangkalnya haruslah kita bersangka baik terhadap seseorang.

Antara komen warga maya: