“Mana mamamu? Jawab si kecil, sedang tidur dia pakcik” Naik Turun Bukit Usung Jenazah Meninggal Bersalin

NAIK bukit, turun bukit sambil mengusung keranda selama 10 minit sebelum sampai ke rumah arwah. Begitulah situasi getir yang perlu dilalui Yunizam Yusop, pemuda yang menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma sejak tahun lalu bersama seorang lagi rakannya sebelum tiba di sebuah kediaman di Bukit Taman Mutiara dekat Sandakan, Sabah, petang Khamis. Namun sebelum menuju ke [...]

Satu kisah ini dikongsi oleh Yunizam Yusop, beliau seorang yang berhati mulia dan merupakan seorang pemuda yang menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma sejak tahun lalu.

Beliau bersama seorang lagi rakannya tiba di sebuah kediaman di Bukit Taman Mutiara dekat Sandakan, Sabah, petang Khamis.

Sebelum menuju ke rumah waris, Yunizam berkata seorang lelaki yang merupakan suami kepada wanita yang meninggal dunia itu sudah menunggu di lorong jalan masuk ke rumah mereka.

“Sebenarnya saya terima panggilan daripada orang lain bukan waris sendiri. Masa tu kami cari-cari rumah dan semua lorong kami masuk. Last sekali barulah nampak ada seorang lelaki melambai panggil kami”.

“Masa nak turunkan keranda tu, dia sempat tanya berapa upah sewa van sambil tahan tangan saya”.

Saya beritahu saya tak minta sesen pun sebab ni van jenazah percuma. Lepas tu reaksi muka dia pun berubah nampaklah dia senang hati”.

Ketika dalam perjalanan ke rumahnya, pemuda yang berusia 31 tahun itu tersentak apabila dimaklumkan lelaki itu bahawa isterinya meninggal dunia semasa bersalin anak ketiga mereka.

“Suami beritahu dia tak ada duit nak hantar isteri dia bersalin dekat hospital kerajaan. Jadi isterinya bersalin dengan bantuan bidan kampung”.

“Isterinya meninggal akibat komplikasi semasa kelahiran kerana uri masih tertinggal dalam rahim. Namun bayi perempuan yang dilahirkannya selamat,” katanya.

“Banyak kali saya kendali kes begini. Ikutkan ini kes ke-20. Kadang tu ibu selamat anak pula meninggal, ada kes tu dua-dua sekali meninggal dan ada juga bayi meninggal masa dalam perut”.

“Kes seperti ini kerap berlaku kerana penduduk di sini sebenarnya ada masalah dokumentasi. Bila masuk hospital kerajaan perlukan dokumentasi. Jika tak ada perlukan deposit yang agak tinggi”.

“Jadi ada yang tak mampu dan pilih untuk bersalin di rumah dengan bantuan bidan. Bila ada komplikasi timbul masalah sehingga membawa kepada kematian,” katanya.

Yunizam berkongsi kisah sedih mengenai dua anak wanita yang meninggal dunia itu. Mereka kelihatan tidak memahami apa yang telah berlaku dan beranggapan ibu mereka sedang tidur.

“Bila saya tanya anak kedua arwah mana mamamu, dia jawab sedang tidur pakcik. Perasaan saya waktu tu sukar nak diungkapkan dengan kata-kata. Tiba-tiba air mata saya mengalir”.

“Dia macam tak ada perasaan, ya lah budak-budak umur pun baharu nak masuk tiga tahun. Mungkin dia fikir mama dia memang tidur betul-betul”.

“Kebetulan saya pun baru je balik dari rumah mereka tadi (Jumaat) hantar barang keperluan baby dan barangan dapur sikit. Saya tengok si abang pula cari mama dia. Bapa dia beritahu dia nangis semalam,” katanya.

Perkongsian Yunizam itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada keluarga itu dan berterima kasih di atas keprihatinan Yunizam.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)