[VIDEO] Jumpa Jodoh Di Kelab Malam, Bakal Ibu & Ayah Pergi Kelas Belajar Mengaji Bersama

Jangan cepat menilai orang dari luaran sahaja. Jika permulaan seseorang itu tidak begitu baik jangan kita sangka perakhirannya juga tidak baik. Malah siapa kita mahu menentukan semua itu.

Jodoh, ajal dan pertemuan semua ditangan Tuhan. Siapa kita mahu mempersoalkan semuanya kerana siapa pun yang kita temui walaupun ditempat yang kurang baik tidak semestinya berakhir dengan sesuatu yang kurang baik.

Samalah halnya dengan jodoh kerana setiap pertemuan pasti ada hikmahnya. Kadangkala seseorang itu mampu mengubah kita ke arah kebaikan.

Satu perkongsian yang telah tular di laman sosial milik seoramg pengguna Twitter yang berkongsi kisah hidupnya yang menemui jodoh dengan pasangannya.

Beliau berkongsi ceritanya yang mana menemui pasangannya di salah sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota.


Wanita yang bakal bergelar ibu itu turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang beranggapan jika kita menemui seseorang di tempat yang kurang baik akan tidak akan berakhir dengan sesuatu yang baik.

Wanita tersebut berkongsi cerita mengenai kisahnya disebabkan membalas satu tweet yang mengeluarkan kenyataan berkenaan menemui jodoh di tempat yang kurang sesuai.

Mungkin tidak semua orang bernasib baik sepertinya namun setiap dari kita perlu memandang sesuatu dari sudut positif.

Berubah Ke Arah Kebaikan

Walaubagaimanapun, setelah berkahwin dan bakal menerima cahaya mata mereka bersama memperbaiki diri ke arah kebaikan bersama-sama.

Rata-rata netizen memberikan komen-komen yang membina dan mendoakan semoga hidayah terus menjadi milik mereka berdua.

Video Belajar Mengaji

Ada juga netizen yang berkongsi cerita yang mana turut berjumpa jodoh di kelab malam dan kini bahagia bersama pasangan dan cahaya mata mereka.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua. Kisah ini juga boleh menjadi semangat dan pemangkin untuk kita semua berusaha ke arah kebaikan.