Malaysia Dah Ada ‘Haunted Drive Thru’ Yang Pertama Buat Netizen Teruja!

Tentu ramai diantara kita yang minat untuk tonton filem seram, layan video paranormal bahkan suka memasuki rumah hantu untuk menakutkan diri sendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsikan pengalamannya merasai sendiri haunted drive thru yang pertama kalinya diadakan di Malaysia.

Selalunya, kita sering lihat di ‘funfair’, dimana kita hanya duduk sahaja di dalam kereta api dan akan ditakutkan oleh hantu-hantu yang ada.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan Haunted drive thru ini dimana kita dibenarkan duduk di dalam kenderaan sendiri sambil melewati satu jalan yang agak gelap dan diganggu oleh pekerja yang memakai kostum hantu.

Difahamkan, drive thru ini baru sahaja dibuka di Melaka dan menawarkan pengalaman dikejar atau diganggu dengan hantu dari luar kereta.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @gadispurba, kelihatan wanita ini duduk di dalam kenderaan tersebut bersama rakan-rakannya yang lain sambil melalui haunted drive thru itu.


Dapat kita lihat, mereka dikejar dan ditakutkan oleh hantu-hantu yang berada di situ bahkan pelbagai jenis kostum yang dapat kita lihat bagi memberikan rasa seram yang lebih ‘extreme’ buat pengunjung.

Bukan itu sahaja, bagi membuatkan pengunjung rasa lebih ‘real’, mereka diminta untuk membuka cermin tingkap dan juga bonet kereta sepanjang perjalanan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja tertarik untuk turut merasakan pengalaman tersebut malah ada juga netizen yang pernah pergi ke Haunted Drive Thru berkongsi pengalaman seram mereka sewaktu di sana.

Antara komen warga maya:

“ini kalau ada yang betul-betul join sekali naya pak karim”

“Nice gak ni.. macam mana nak bezakan hantu yang kerja kat situ, dengan hantu yang betul?”


“Kalau gi naik motor kena buka tayar eh”

“Kalau tertekan minyak naya mat hahahha”


Video yang tular di laman TikTok:

@gadispurba 1st in malaysia…. Di alor gajah melaka.. seram sbb gelap.. then kena bukak tingkap.. bonet… pintu pn dorg bukak weh… naye laaa… #haunteddrivethrumelaka #haunteddrivethru #haunteddrive ♬ Dhat – From KKN Di Desa Penari – Kinanti & Madukina