Kangkung Diharamkan Di Amerika Syarikat, Ini Sebab Mengapa Ianya Dianggap ‘Bahaya’

Bila sebut sahaja tentang sayur kangkung, pasti ramai terngiang masakan ibunda iaitu kangkung masak lemak, kangkung masak belacan dan banyak lagi.

Memang sedap apatah lagi jika dihidangkan panas-panas dan makan beramai-ramai sesama keluarga.

Bagaimana pun, tahukah anda sayur kangkung ini diharamkan di Amerika Syarikat? Pendedahan ini dibuat oleh salah seorang pencipta kandungan di TikTok.

Melalui ciapan Mohamad Yusof bin Yahya di akaun Twitter miliknya, dia memuat naik satu video dimana seorang pemuda menerangkan dengan lebih lanjut mengenai sayur kangkung.

Menerusi penerangan Agrotonomy, beliau menceritakan bagaimana tanaman ini telah dijadikan sajian utama di Asia terutamanya Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Tambah beliau lagi, walaupun tumbuhan ini popular di negara Asia, namun di Amerika Syarikat, tumbuhan ini diharamkan.

Berdasarkan laporan AZCentral.com, tumbuhan yang turut dikenali sebagai Bayam Air ini mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1970-an, menurut Jabatan Pertanian AS.


Bagaimana pun, ianya diharamkan oleh kerana sifat-sifat agresif tumbuhan yang tumbuh empat inci sehari ini dikatakan mengancam laluan air dan spesies tumbuhan asli yang lain bahkan melabelkan sayur kangkung sebagai salah satu tumbuhan yang berbahaya.

Robert Smook, jurucakap Jabatan Pertanian Arizona, mengesahkan pihak berkuasa negeri dan kerajaan persekutuan pada zaman dahulu akan merampas, menghapuskan dan memusnahkan tumbuhan ini jika didapati berada di dalam premis ketika pemeriksaan dijalankan.

“Saya tidak tahu mengapa orang asal menanam tumbuhan itu pada mulanya,” kata Andrew Brischke, pakar pertanian dan sumber asli di Universiti Arizona

“Ia boleh menjadi tumbuhan yang mengganggu. Walaupun (ditanam) belakang rumah, jika terlalu lama ia boleh mengambil alih seluruh laman anda dalam masa kurang daripada beberapa tahun. Tumbuhan ini sangat sukar untuk dibuang.”

Video yang tular di laman Twitter: