Maki Hamun & Pukul Anak 8 Jam Tanpa Henti Dalam Bas, Wanita Ini Bersyukur Polis Datang Redakan Keadaan

Anak adalah cerminan ibu bapa bahkan anak juga melambangkan bagaimana didikan yang diberi oleh penjaga. Sebab itu lah sebagai ibu bapa perlu menjaga tingkah laku agar dapat menjadi ‘role model’ kepada anak-anak.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita merakamkan situasi dimana seorang ibu maki hamun anaknya di dalam bas mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Qissy, difahamkan dia dalam perjalanan ke Temerloh,Pahang.

Namun apa yang membuatkan dia terkejut adalah ada seorang wanita yang memarahi anaknya dengan menggunakan perkataan kasar yang sepatutnya tudak digunakan untuk mendidik anak-anak.

“I naik bas then ada seorang mak dengan 3 anak ni, tak habis-habis sumpah seranah anak dia, suara makcik tu je bising sepanjang jalan..”

“Mengucap i dengar mak dia sumpah seranah anak2 dia, sedih. The fact that anak dia kecik2 lagi, dia siap boleh cakap ‘kalau aku tumbuk muka kau berdarah nanti’ , ‘kau ni bodoh perangai bangsat’, ‘kau tu anak haram’” ujar wanita ini.

Dia juga dilihat memukul anaknya berkali-kali sehingga terdengar bunyi teriakan dan tangisan daripada anak-anaknya.

Berang dengan tindakan tersebut, seorang lelaki yang juga penumpang dalm bas tersebut yang juga seorang polis mendekati wanita tersebut dan mengugut untuk membuat laporan polis jika perkara tersebut berterusan.

Dia memberi amaran keras agar tidak memukul budak berkenaan. Bukan itu sahaja malah lelaki tersebut juga memaklumkan bahawa orang ramai membeli tiket bukan untuk melihat perkara sebegitu.

Difahamkan wanita tersebut memarahi dan memukul anaknya selama 8 jam sebelum dimarahi oleh seorang polis yang juga penumpang di dalam bas tersebut kerana telah mengganggu ketenteraman awam dan mendera budak kecil.

“Okay update, pakcik depan i ni come to rescue, rupanya polis. Luckily pakcik ni tegur, sebab kitorang dah tahan telinga for freaking 8 jam dalam bas dari Kota Bharu dengar dia maki & pukul anak dia”

“Lepas pakcik polis ni tegur, makcik tu terus cakap baik-baik dengan anak dia siap guna ‘sayang’. Ni kalau dekat rumah i rasa dia bantai anak dia teruk lagi Ya Allah”

Video yang tular di laman TikTok:

@amethystnb_to all marriage couple out there, jangan buat anak if tak ready mental & physical ya. sedih dengar 🥲 anak anak tk berdosa ya♬ Happier Than Ever – Billie Eilish

@amethystnb_seriau ye 8 jama tak aman. we got 2 hours more to sampai temerloh 🥲♬ original sound – Qissy

@amethystnb_seram ye 🥲🙏🏻 i doakan anak dia tak trauma and membesar dengan baik.♬ original sound – Qissy

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap wanita tersebut yang menggunakan perkataan kesat kepada anak-anaknya yang masih kecil.

Bukan itu sahaja, netizen juga risau akan nasib budak tersebut jika berada di rumah nanti kerana di hadapan orang ramai pun wanita tersebut tidak teragak-agak untuk maki hamun dan memukul anaknya apatah lagi jika di rumah.

Antara komen warga maya:

“Ya Allah, ni depan public kalau dekat rumah macam mana la anaknya tu.. kesiannyaa nak nangis rasa”

“kacau keamanan awam 1 hal, budak2 trauma 1 hal”


“mak dia ingat berak ni boleh set time ke apa”