“Dasar Biawak Hidup” 3 Kali Masuk Hospital Gara-Gara Dipukul, Wanita Jadi Mangsa ‘Biawak Hidup’ Dari Swedan Buat Ramai Berang

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan keluarga yang bahagia bahkan buat wanita sudah tentu berharap agar lelaki yang dipilih untuk dijadikan suami merupakan pasangan yang bertanggungjawab dan bukan lah ‘kaki pukul’

Pun begitu, baru-baru ini tukar sebuah perkongsian dimana wanita ini menceritakan pengalamannya dicurangi oleh seorang lelaki Sweden mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan lelaki yang dikatakan tidak berhati perut itu mendirikan rumah tangga bersama ‘skandal’nya yang berbangsa Melayu di Langkawi gara-gara ingin melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan ketika dia sedang berhempas pulas membuat dua kerja mencari rezeki demi menampung kos perbelanjaan termasuklah insurans lelaki ini.

“Dia (isteri baru) perosak rumah tangga. Bekas suami saya tinggal bersamanya ketika saya menghambakan diri untuk menyaranya ke kolej, membelikan insurans dan menyediakan perbelanjaan untuknya.”

Apa yang lebih teruk adalah, lelaki ini juga dipercayai menyalahgunakan sistem visa di Malaysia hanya kerana dia malas untuk bekerja dan mencari wang.

Tidak cukup dengan itu, skandal lelaki tersebut juga meminta wang sebanyak RM1500 sebulan sebagai salah satu syarat jika mahu dia dan lelaki Swedan itu bercerai.

“bolehkah seorang wanita muslim yang belum berkahwin tinggal bersama lelaki yang sudah berkahwin? bukan kah ia melanggar hukum agama?

Bukan itu sahaja, lelaki ini bukan sekadar pemalas untuk mencari sumber pendapatan malah dia juga pernah berkali-kali memukul isterinya sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.

“berhati-hati dengan siapa kau bercinta kerana segelintir orang berhati jahat dan mempunyai pelbagai motif. Dia terlalu malas untuk mencari pekerjaan sepanjang perkahwinan kami”

“Dia juga pernah melakukan keganasan dengan memukul saya sehingga saya dimasukkan ke hospital sebanyak tiga kali.” tulisnya.

Perkongsian yang tular:


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap lelaki seperti ini bahkan menyifatkan bahawa biawak hidup sememangnya tidak mengira bangsa.

Netizen juga percaya kifarah daripada Allah juga pasti dan netizen menghembuskan nafas lega apa bila mengetahui mereka sudah pun berpisah kerana wanita yang baik seperti ini sepatutnya tidak bersama dengan kaki pukul seperti lelaki tersebut.

Antara komen warga maya:

“sepatutnya rasa bersyukur sebab dah terlepas dari bala.. biar orang lain yang sambung jaga.. tak yah susah2 kau bela dia lagi..”

“tunggulah pusingan roda bila dah berputar..”


“jantan tak guna macam ni tak payah di rebut2”

“tak kira bangsa, kalau jahat, jahat juga”