Makcik Cleaner ‘Rancak’ Berbual Bahasa Jepun, Rupanya Fasih 4 Bahasa Asing

Tular di media sosial kini dimana seorang ‘mak cik cleaner’ begitu fasih berbahasa Jepun sekaligus mencuri tumpuan ramai. Manakan tidak, wanita tersebut yang bertugas sebagai tukang cuci di Masjid Negara ini kelihatan sangat ramah berbual dengan pelancong dari Jepun.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @, wanita itu kelihatan bertutur dalam bahasa Jepun sambil diselang-selikan dengan bahasa Inggeris.

“Sudah makan… sudah tidur. You just add the word ‘sudah’ (Kamu hanya tambahkan perkataan ‘sudah’),” katanya.

“Malay is easy (bahasa Melayu itu mudah),” tambah wanita itu sebelum mereka mengakhiri perbualan dengan ‘tunduk hormat’ mengikut budaya Jepun.


“Rancak makcik ni ajar orang Jepun belajar bahasa Melayu,” tulis Hanafi.

Di ruangan komen, Hanafi memberitahu, wanita berkenaan yang memulakan perbualan dengan menegur delegasi itu.

“Dia yang tegur sembang bahasa Jepun. Kalau setakat belajar bahasa Jepun sikit-sikit belum tentu berani nak bercakap. Ini siap bertegur sapa tu kira A1 la,” katanya.

Dapat kita lihat, lagaknya mengajar pengunjung dari Jepun itu sangat meyakinkan dan langsung tidak gugup.

Susulan itu, ramai diantara warga maya tertanya-tanya identiti sebenar wanita itu dan ada juga yang mendakwa dia adalah bekas pensyarah pada satu ketika dahulu.

Difahamkan, wanita itu sebenarnya pernah bekerja sebagai tourist guide selama 30 tahun sebelum berhenti akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku sebelum ini. Semenjak daripada itu, dia mula bekerja sebagai tukang cuci di beberapa tempat sebelum akhirnya bekerja di Masjid Negara.

Tidak terhenti di situ, wanita ini juga fasih berbahasa Inggeris, Arab, Jepun dan Jerman selepas mempelajarinya semasa bekerja sebagai tourist guide satu ketika dahulu

Bagiamana pun, dia menepis segala dakwaan yang mengatakan dia meruakan seorang pendidik serta akui teruja dapat berbual dengan pengunjung daripada negara matahari terbit itu.

“Saya belajar bahasa Jepun ketika mengikuti kursus intensif Dasar Pandang Ke Timur selama enam bulan di Wisma Belia, Jalan Syed Putra, di sini selepas mendapat tajaan biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Tamat kursus, saya bekerja sambil menjalani latihan pula di syarikat agensi pelancongan dekat Tokyo, Jepun dan di situlah saya praktikkan cara bercakap selain belajar etika kerja di sana.

“Kalau tidak ke sana, boleh jadi saya tidak boleh cakap Jepun seperti sekarang cuma pengorbanannya apabila perlu meninggalkan anak sulung yang ketika itu berumur 11 bulan,” kata ibu lima anak, Nirmaningsih Mawi atau mesra disapa Kak Ning ini

Perkongsian yang tular: