Hukuman Dikekalkan, Najib Jalani Penjara 12 Tahun & Denda RM210 Juta

Penyelewengan wang dan kuasa bukanlah satu isu yang baharu di negara kita. Susulan demikian, jenayah ‘kolar putih’ ini dipandang serius oleh pihak berkuasa.

Manakan tidak, ianya jelas memberi impak negatif yang besar pada negara.

Seperti yang kita tahu, kebelakangan ini tular berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak di dada akhbar tentang isu penyelewengan dana SRC International.

Terbaru, Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

Hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini turut dikekalkan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini.

Pagi tadi, pihak Datuk Seri Najib Razak mahu panel hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu ditetapkan untuk mendengar rayuan akhirnya bagi mengetepikan tujuh tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapinya, berdasarkan maklumat baharu membabitkan suami Ketua Hakim Negara

Bagaimanapun, barisan lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sendiri, berkata pihak pembelaan tidak memberikan sebab-sebab munasabah kenapa beliau patut menarik diri.

Perkongsian yang tular:

Sekadar info, Najib didapati bersalah dalam semua 7 pertuduhan berkait dana SRC sejak 2020.