Video Bola Sepak Tapi Guna ‘Sound’ Lagu Kahwin, Gelagat Aeril Zafril Undang Dekah Netizen

Gelagat lucu pelakon dan juga usahawan terkenal iaitu Aeril Zafrel sering menjadi tumpuan apatah lagi dia kini sangat aktif di platform TikTok sekaligus menghiburkan orang ramai.

Terbaharu, Aeril dikatakan berada di luar negara dan berpeluang menonton bola sepak di Old Trafford bahkan ianya juga merupakan pengalaman pertamanya.

Aeril sempat berkongsi sebuah video dimana merakamkan perjalanannya sebelum dan selepas menyaksikan perlawanan bola sepak di Old Trafford.

Bahkan di dalam video berdurasi lebih kurang 1 minit itu juga memaparkan aksi pemain bola sepak terkenal iaitu Cristiano Ronaldo.


“Best jugak ya dapat tengok bola dalam stadium,” tulis Aeril Zafrel diruangan kapsyen

Bagaimana pun, video tersebut mengundang dekah ramai apabila dia menggunakan sound yang dikatakan tidak sesuai untuk video tersebut.

Dia meletakkan sound lagu kahwin juga mencetuskan ‘kecoh’ diruangan komen video dikongsikannya ini, sehinggakan dia menjadi perhatian ribuan warganet termasuk la isterinya sendiri!

“Semalam kan Liverpool kena kenduri.. jadi ngam la lagu ni.. betul tak??” tambahnya lagi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat aeril zafril apatah lagi dia kelihatan ‘cuak’ menjawab pertanyaan isterinya di komen.

Antara komen warga maya:

“lagu dah kenapa bang”

“Patut la MU menang, abang punca la ni”


“Takk masalah sekarang kenapa sound pengantin baru”

“Abang buat Old Trafford ni macam padang Bukit Jalil je.. spontan habis..”

Video yang tular di laman TikTok:

@aerilzafrel8best jugak ya dapat tengok bola dalam stadium😊😊

♬ Selamat Pengantin Baru – Wann

Sekadar info, Aeril Zafril mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan juga usahawan terkenal iaitu Wawa Zainal pada tahun 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.