Makan Buah Betik Sekali Biji, Gadis Luar Negara Ini Dianggap Melanggar Hukum Betik

Buah betik sering dipandang sebagai buah kampung dan dipandang sepi oleh penduduk negara ini. Mungkin kerana buah ini mudah untuk didapat.

Tidak seperti masyarakat di luar negara. Buah tropikal ini dianggap unik dan jarang dimakan oleh mereka.

Seperti langkah berani yang diambil oleh gadis luar negara ini. Dia membeli buah betik buat kali pertama untuk dirasainya.

Namun cara dia memakan buah itu pula yang mengganggu emosi ramai pengguna TikTok tidak kira dalam negara ini mahupun luar negara!

Pada mulanya gadis bernama Leila itu memotong buah betik tersebut lalu cuba untuk memakannya.

Disebabkan baru pertama kali mencuba, dia memakan sekali dengan biji buah betik yang dibelinya menyebabkan riak wajah gadis itu berubah!

Lama-kelamaan biji buah betik itu berkurangan kerana dimakan oleh Leila. Dia turut dilihat seperti boleh menerima kepahitan biji buah betik itu.

Walau bagaimanapun Leila akui, buah betik ini rasanya enak. Leila turut dilihat menghabiskan separuh daripada buah betik yang dipotongnya tadi.

Disebabkan kelakuan ‘aneh’nya, video yang dimuat naik di TikTok ini tular dengan meraih tontonan sebanyak 11.4 juta dan 1.1 juta tanda suka hanya dalam masa empat hari!

Difahamkan, Leila memang sering membuat content-content mencuba buah-buahan di TikToknya.

Video yang tular di laman TikTok

@leilaafshonkarFake knife ⚠️ have you tried it?♬ original sound – leila Afshonkar

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang hampir ‘menangis’ melihat Leila memakan biji buah betik itu.

Namun tak kurang juga yang cuba membetulkan gadis itu dengan mengajarnya cara makan buah betik yang betul.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“pinter”

“HAIH BUKANNNN BUKANNN 😂”


“Ape masalah kau ni markonah 🗿💔”

“Benda dah makannnn. Nk buat mcm manaa”

“we dont eat the seed😁”

“itu biji bukan chocochip mpok lela”

“babe, that black one is the seed.. its my first time seeing someone eat papaya’s seed,..”

“You are not supposed to eat the seeds😭”

“remove the seeds😭”