Kanak2 Pakai Helmet Terbalik Atas Motor, Nasib Baik Ada Abang Panda Prihatin

Sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, kita sebagai pemandu keretanya terutamanya mesti akan memerhatikan keadaan sekeliling.

Ada saja yang berlaku sementara menunggu. Ada yang mengejutkan, mungkin juga ada kejadian yang lucu membuatkan kita ketawa terbahak-bahak.

Sama seperti yang sempat dirakam oleh gadis bernama Salwa ini apabila dia ternampak seorang kanak-kanak lelaki yang membonceng ayahnya memakai helmet secara terbalik!

Yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila seorang abang Foodpanda datang dari arah belakang dan membetulkan helmet budak lelaki tersebut!

Ayah kepada budak lelaki itu turut dilihat seperti terkejut. Barangkali kerana tergesa-gesa sehingga tak perasan anaknya memakai helmet terbalik!

Sampailah tibanya abang Foodpanda itu yang membuka helmet anaknya dan memakaikan dengan cara yang betul. Sampai ketawa si ayah dibuatnya!

Budak lelaki itu turut terpinga-pinga seolah-olah keliru dengan apa yang berlaku. Mungkin dia juga tidak sedar dengan keadaan helmet yang dipakainya.

Belum sampai tempoh 24 jam video ini dikongsi, ianya berjaya mengundang dekah ramai dengan mengumpul tontonan sebanyak 3.6 juta dan 466.2 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@salw4cut ayahnya geleng kepala je 😂😂 #fyp #tiktokmy ♬ original sound – 1709 yz

Menjengah ke ruangan komen, netizen pakat memuji kebaikan abang Foodpanda itu kerana membetulkan helmet kanak-kanak yang terbalik itu tanpa segan-silu.

Ramai juga yang terharu dan beranggapan abang itu seorang ayah dan ingin memastikan keselamatan budak lelaki tersebut.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“baik dho Abg tu 🥺”

“Eii penyayang gila abang dia. Untung wife/gf dia 😍”


“sweet je uncle tu tlg betulkan”

“Abang panda seluruh malaysia ni serba boleh sampai job betulkan helmet pun dia sebat 😂”

“Comelnya abg Tu 🥺”

“allah comelnya😭😭😭”

“yg betulkan helmet tu mesti bapak org.naluri bapak2 kuat,nak pastikan adik tu selamat 😁”