Kanak2 Perempuan Teruja Dapat Jam Tangan Mainan Dari Ayah, Netizen Sebak Lihat Kebahagiaan Cara Sederhana

Walaupun seseorang itu datangnya bukan dari sebuah keluarga yang senang, tak bermaksud dirinya tidak layak merasakan kebahagiaan.

Kebahagiaan boleh dicari dan dicipta dalam pelbagai cara. Meskipun dengan cara yang sederhana.

Seperti momen-momen indah dua beranak ini di mana si anak dilihat sangat gembira setelah dihadiahkan jam tangan mainan oleh ayahnya.

Situasi tersebut sempat disaksikan seorang lelaki dan dikongsikan di Facebook dengan nama pemilik Shah Carwash Supershine.

Dalam hantaran yang dibuatnya di Facebook, dia turut sempat menyertakan dua keping gambar si ayah dan si anak perempuan meraikan kebahagiaan mereka.

“Tak pasti dua beranak ni Bangla atau Rohingya, tapi benda ni depan mata.

“Sebelum ni si bapa hari-hari akan datang ushar (tengok) kat tempat orang jual kuih ni. Dok atas basikal lama, selepas itu dia melintas jalan pergi kedai runcit depan.

“Hari ni dia mai dengan anak perempuan dia. Lalu depan orang jual kuih. Tak beli pun, selepas tu pergi kedai runcit,” tulisnya di Facebook.

Melihat semula pautan lokasi hantaran tersebut, difahamkan ianya terjadi di Pokok Sena di Pulau Pinang.

Shah menambah, sebelum dia beredar dari situ, dia perasan anak perempuan kepada penunggang basikal itu mengambil sesuatu daripada bakul basikal.

“Nampak dia sangat excited. Aku pun excited juga nak tahu benda apa yang pak (bapa) dia beli. Rupa-rupanya jam tangan mainan.

“Si anak punya seronok walaupun jam tu bukan jam betul. Dia lompat peluk pak dia.

“Selepas dia perasan aku dok perhati, malu-malu tarik face mask tutup muka,” katanya.

Gambar yang Shah kongsikan memaparkan budak perempuan itu tersenyum bahagia sambil menunjukkan jam tersebut kepada ayahnya!

Kata Shah lagi, apa yang disaksikannya bukanlah insiden yang dipetik daripada drama-drama yang sering ditayangkan di televisyen, tapi berdasarkan realiti kehidupan.

“Ni bukan drama masa Maghrib kat TV3 atau Astro. Ni live Allah SWT nak tunjuk,” katanya.

Perkongsian yang dibuat Shah di Facebook ini ternyata mengusik hati ramai.

Berikut antara komen-komen netizen di Facebook