“Lari dari jangkaan” Lelaki Nak ‘Hayun’ Bola Golf Tapi Lain Yang Kena Buat Netizen Terhibur

Sukan golf merupakan satu sukan yang tidak memerlukan kawasan bermain yang ‘standard‘ seperti sukan-sukan lain yang mempunyai kawasan yang terhad dan tetap serta perlu mempunyai skills yang tinggi.

Permainan ini terlihat mudah namun realitinya ia memerlukan latihan yang cukup untuk memasukkan bola ke dalam lubang yang ditetapkan.

Terbaru, tular sebuah video mengenai kelihatan seorang lelaki sedang bermain golf mengundang dekah ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, lelaki tersebut dilihat sedang bersedia untuk bermain golf sambil disaksikan oleh rakan-rakan yang lain.

Sebaik sahaja kayu golf dihayunkan dengan begitu yakin, dia secara tidak sengaja telah memukul bola-bola lain yang diletakkan berhampiran di situ.

Dapat juga dilihat bola bertaburan di lantai gara-gara pukulannya dan sekaligus membuatkan rakan-rakannya yang lain tidak dapat menahan ketawa.

Bukan itu sahaja, rakannya yang berada dibelakang lelaki tersebut pada ketika itu turut membantu mengutip semula bola yang bertaburan itu sambil menahan ketawa mereka.

Video yang tular di laman TikTok:

@sincerity.is.scaryybismillah PON Golf Zimbabwe 2022♬ original sound – aldo

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.5 Juta tontonan, 336.4K tanda suka, 4822 komen dan 10.3K perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut yang sangat ‘confident’ sehinggakan tersalah ‘aim’ sasaran.

Dalam masa yang sama, para netizen juga menghembuskan nafas lega dek kerana tiada perkara buruk yang berlaku sewaktu lelaki itu cuba untuk memukul bola golf tersebut.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Dah pernah try main golf, untuk noobies memang susah ye nak aim…”

“Tu lah kau, orang nak main golf kau nak main golf hahaha…”

“Salah aim.”


“Lari dari jangkaan.”