“Macam mana boleh sangkut kat rambut” Telatah Kanak-Kanak Ini Diusik Bapa Buat Netizen Terhibur

Keletah anak-anak semasa kecil pastinya akan menjadi satu momen indah buat ibu bapa dikemudian hari.

Pelbagai cabaran perlu dihadapi dalam membesarkan anak-anak dan pastinya setiap ibu bapa memerlukan tahap kesabaran yang tinggi semasa melalui proses tersebut.

Keletah si kecil yang undang gelak tawa

Walaubagaimanapun, tidak semua karenah anak-anak memberikan tekanan. Ada kalanya celoteh si kecil anda turut menghiburkan hati.

Malah, banyak keletah yang tidak terjangka pastinya akan mengundang gelak tawa ibu bapa dan ia mungkin akan menjadi momen manis dalam membesarkan anak-anak.

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna laman Facebook yang bernama Mohd Akmal Mahadi, satu video keletah anaknya telah mengundang gelak tawa orang ramai.

Kereta mainan tersangkut dirambut

Video tersebut memaparkan keadaan anaknya yang menangis kerana kereta mainan yang tersangkut di rambutnya telah tular dan mendapat perhatian ramai.

Menerusi video itu, tangisan anaknya semakin kuat apabila beliau ‘mengusik’ keletah anaknya itu.

Kena usik dengan ayah lagi kuat dia menangis

“Macam mana boleh sangkut kat rambut, ayah dah cakap main kat lantai bukan kat rambut.Terpacak, accident kena botak lah lepas ni ayah taktahu”.

Tidak dapat dipastikan bagaimana kereta mainan tersebut boleh tersangkut di rambut kanak-kanak itu.

Video tersebut mendapat 26, 000 perkongsian dan rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat anaknya itu.