“Janji anak-anak tersenyum indah.” Cekal Lawan Kanser, Ustaz Hanafi Jadi Rider Grabfood

Pendakwah terkenal Ustaz Hanafi atau nama penuhnya Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek sebelum ini sering beraksi di kaca televisyen.

Rancangan Tanyalah Ustaz

Beliau sering menyampaikan kuliah-kuliah agama menerusi rancangan Tanyalah Ustaz yang bersiaran di TV9.

Selepas ditakdirkan menghidap kanser beberapa tahun lalu, perjalanan Ustaz Hanafi dalam dunia dakwah sedikit terkesan.

Ini kerana, beliau perlu menjalani rawatan kimoterapi hingga menyebabkan fizikalnya berubah.

Walaubagaimanapun, kesakitan dalaman yang dihidapinya itu tidak menghalangnya untuk terus cekal dan tabah menjalani kehidupan seperti biasa.

Berhijrah dari meja kuliah ke jalan raya

Kini Ustaz Hanafi masih cekal dan tabah menjalani kehidupan seperti biasa biarpun terpaksa berhijrah dari meja kuliah ke jalan raya.

Menerusi posting di akaun Facebook Ustaz Hanafi, beliau baru sahaja memulakan karier baharunya sebagai penghantar makanan.

“Janji Halal, Bismillah. Ayah tak kisah susah. Janji anak anak tersenyum indah dan kepada Allah aku bertawakkal”.

Menjenguk ke ruangan komen, ramai netizen yang terharu dengan kesanggupan Ustaz Hanafi untuk menjadi penghantar barang.


Rata-rata netizen turut meninggalkan doa dan juga kata-kata semangat buat beliau.