[VIDEO] “Lawan pakai kentut..” Jawapan Lucu Budak Tadika Ditanya Cara Lawan Covid-19

Pada 1 Julai, kerajaan telah membenarkan pembukaan semula prasekolah dan tadika untuk memastikan kesejahteraan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun terjamin.

Keputusan ini dibuat setelah diambil kira banyak perkara termasuklah interaksi sosial yang penting untuk kesihatan mental mereka.

Pembukaan pra sekolah pada 1 Julai

Ini kerana interaksi melalui atas talian didapati kurang berkesan dan mereka juga tidak digalakkan untuk meluangkan terlalu banyak masa di hadapan skrin monitor

Oleh sebab itu, keputusan pembukaan prasekolah dan tadika adalah tindakan yang wajar setelah diambil kira semua faktor.

Namun begitu, guru-guru tadika dan pihak pengurusan sekolah bertanggungjawab memastikan kanak-kanak dipantau mengikut keperluan SOP.

Ibu bapa dinasihatkan mengajar anak-anak penjagaan kebersihan

Disamping itu juga, ibu bapa juga dinasihatkan untuk mengajar dan mempersiapkan anak-anak dengan pengetahuan yang betul tentang penjagaan kebersihan untuk mengelakkan risiko jangkitan Covid-19.

Antaranya adalah untuk selalu memakai hand sanitizer, memakai mask, dan mengekalkan penjarakkan sosial.

Lawan Covid-19 dengan kentut

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, seorang kanak-kanak ditemubual mengenai Covid-19.

Apa yang menarik adalah, jawapannya apabila adik bernama Muhammad Rifqi itu menyifatkan Covid-19 sebagai sesuatu yang tajam seperti dinosaur.

Netizen terhibur

Selain itu, apabila ditanyakan tentang cara untuk melawan Covid pula, kanak-kanak itu dengan teruja menjawab dengan cara kentut.

Video berkenaan turut mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen terhibur dengan jawapan dan gelagat adik Muhammad Rifqi.