“Macam Diseret Kebawah Katil” Disangka Darah Haid, Gadis Pelik Jumpa Darah Tapi Bukan Miliknya Buat Ramai Seram

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan namun terkadang dia hanya memberikan ‘hint’ untuk memberitahu bahawa mereka ada disekeliling kita.

Tidak cukup dengan itu, terkadang hint yang diberikan juga dalam bentuk yang sangat menyeramkan melibatkan darah, kain rambut dan banyak lagi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi gambar dimana dia menemukan tompokan darah di sebelah katilnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @ddgafdat, kesan darah tersebut kelihatan seperti bekas darah berbentuk tangan yang diseret kebawah katil.

“Aku pikir ni darah period ke apa tapi bila check ni bukan darah period. Aku check tangan ngan kaki aku kot ada kesan tu. Bila aku check takde jugak.” katanya

“Takde family aku period or luka masuk bilik aku. Bangun tidur bukak mata terus pandang darah tu and check my body tapi takde pape darah pun.” tulisnya lagi

Berikut merupakan perkongsiannya di platform Twitter:

Dia turut memaklumkan kepada ibunya tentang perkara tersebut dan ibunya meminta dia agar lebih rajin mengaji di dalam bilik itu.

Meninjau di ruangan komen, ada juga warga netizen yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sma dimana ‘dia’ seolah-olah datang memberikan ‘hint’ buat penghuni rumah.