“Sahabat dunia akhirat” Pelajar Melawat Sahabat Di ‘Rumah’ Baru Lepas Last Paper SPM Buat Netizen Sebak

Pasti kita sedia maklum bahawa calon pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang bertungkus lumus ‘berperang’ dengan kertas peperiksaan dan difahamkan bakal tamat sepenuhnya pada 29 Mac depan.

Disamping membuat sehabis baik untuk masa depan, ini lah juga masa dimana para pelajar mengumpul memori bersama para guru dan sahabat sebelum melangkah ke alam dewasa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana beberapa orang pelajar menggunakan waktu yang tersisa untuk berkumpul di suatu tempat yang sangat istimewa mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @aswadzkr04, kelihatan mereka berada di sebuah tanah perkuburan untuk menziarahi ‘rumah baharu’ sahabatnya.

Walaupun sudah terpisah oleh ajal, namun persahabatan mereka masih lagi utuh sehingga mereka sanggup pergi ke pusara sahabatnya itu setelah habis menjawab peperiksaan.

Dapat juga kita lihat mereka sedang menghadiahkan bacaan yassin buat sahabatnya itu. Walaupun sudah terpisah oleh ajal, namun persahabatan mereka masih lagi kelihatan utuh.

Menurut penjelasan Aswad di ruangan komen, arwah sahabatnya ini difahamkan meninggal dunia selepas lama bertarung dengan penyakit Tibi dan hanya sempat menjawab peperiksaan SPM sehingga matapelajaran Matematik sahaja.

“walaupun dia tak sempat last paper takpe ada kawan-kawan yang sambung perjuangan dia” katanya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@aswadzkr04 walaupun dia tak sempat last paper takpe ada kawan ii yang sambung perjuangan dia❤️ #fyp #spm2021 #lastpaper #sahabat #fy ♬ suara asli – _

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.8M tontonan, 338.8K tanda suka, 3863 komen dan 3324 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengkui turut berasa sebak dan dalam masa yang sama memuji ukhuwah persahabatan sekumpulan pelajar ini.

Bukan itu sahaja, para netizen juga turut menitipkan doa agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Berikut merupakan komen warga maya: