Bapa Cuak Terima Gambar Kepala Anak Berdarah, Kecewa Guru Cuma Minta Maaf Di Whatsapp & Langsung Tak Tanya Khabar

Anak bukan sahaja merupakan anugerah terindah buat setiap insan yang bergelar ibu dan bapa malah anak juga merupakan amanah yang perlu kita jaga sebaik mungkin.

Anak demam sedikit pun para ibu sudah risau apatah lagi bila terluka sehingga memerlukan jahitan. Sudah pasti ibu atau bapa jadi tidak tentu arah. Nak buat kerja semua tak kena mengenangkan anak.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bapa Mohd Asraf Firdaus, 25, berkongsi satu pengalaman buruk ketika anaknya Muhammad Aisy Firash berusia empat tahun berada di sebuah tadika buat pertama kali.

Memetik laporan mStar, setelah beberapa jam anaknya di tadika yang enggan dinyatakan lokasinya, dia menerima panggilan daripada seorang guru anaknya.

“Lepas je hantar Aisy ke tadika saya terus ke hospital Terengganu sebab isteri ada appointment check kandungan dia tapi tak sampai tiga jam tinggalkan anak, tiba-tiba ada banyak call masuk. Bila saya jawab, cikgu terus cakap kepala Aisy berdarah terhantuk pintu sebab berlari.”

“Perasaan saya masa tu sangat terkejut bila dapat gambar kepala Aisy berdarah. Hari tu pula pertama kali saya hantar Aisy ke tadika. Sebelum ni dia ke taska sejak umur dua tahun. Itu pun pernah ada kemalangan cumanya saya tak nak uar-uarkan kejadian di taska cawangan sama tu.”


“Asalnya cikgu minta datang segera tapi saya tak dapat datang. Lepas tu saya dah call Tokma (nenek kepada Aisy) untuk ambil dan bawa ke hospital,” jelas Asraf.

Difahamkan, Asraf dan isteri telah memutuskan untuk membatalkan temu janji dengan doktor lalu bergegas ke hospital di mana Aisy dirawat.

Sejurus tiba di Hospital Dungun, Terengganu, dia melihat di tepi kiri sebelah mata Aisy sudah bertampal.

“Rasa nak luruh jantung bila tengok anak macam tu. Sebak, kecewa dan sedih semua ada masa tu. Saya buka bahagian tampal untuk tengok luka dengan empat jahitan itu.”

“Ya Allah, sikit lagi nak terkena mata Aisy. Kalau betul terkena di bahagian mata macam manalah keadaan dia. Saya tak dapat nak bayangkan masa tengok tu.”

“Selepas kejadian itu, dua hari Aisy demam dan terpaksa makan ubat untuk hilangkan rasa sakit dan meracau. Dia dah tak nak ke tadika tu lagi. Setiap hari kami pujuk tetapi dia tak nak sampai nangis-nangis,” ujar Asraf mengenai anak sulungnya itu.

Apa yang membuatkan Asyraf bertambah terkilan adalah cara pemilik tadika tersebut menguruskan hal itu. Dia turut menekankan bahawa dia tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak cuma mahu jadikan ia sebagai peringatan juga pengajaran kepada semua pihak sahaja.


“Cikgu Aisy ada minta maaf melalui WhatsApp selepas hantar gambar tu. Saya tak balas mesej tu sebab keadaan masa tu dah tergopoh-gapah dan kelam-kabut.”

“Tapi selepas tu tak ada contact dah. Saya saja diamkan diri sebab nak tengok effort cikgu nak mengakui kesilapan tapi respons yang saya terima sangat mengecewakan. Saya berdiam diri bukan bermaksud sombong tetapi nak tunggu inisiatif pemilik tadika berkenaan beri penjelasan atau tunjuk rasa bimbang dan bersalah saja.”

“Sepatutnya hari pertama kanak-kanak di tempat baru cikgu kena alert sebab mereka tentu sekali excited. Jadi macam mana boleh terlanggar pintu tu. Lepas beritahu pasal kemalangan, dia terus diam. Dah lima hari, cikgu masih tak ada contact untuk tanya khabar tentang perkembangan anak,” ujar Asraf menamatkan bicara.”

Video yang tular di laman TikTok:4

@mohdasraffirdaus Ya allah 😭 #fyp #fypシ #fypage #esekeli ♬ Ayah – Laoneis

@mohdasraffirdaus Jaga 5 tahun luka pun tak ada. Buas budak itu biasa. Ketatkan pengawasan #fyp #fypシ #fypage #esekeli #beranda #beranda ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio