Connect with us

Viral

Lompat Atas Tengkuk Pengantin Ketika Nak Lafaz Akad, Aksi Budak Perempuan Ini Buat Netizen Terhibur


Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan. Di dalam proses perkahwinan, akad nikah merupakan salah satu saat yang paling getir dan mendebarkan sang pengantin khususnya pengantin lelaki.

Melalui si wali, dengan satu genggaman tangan sahaja dan luahan akad nikah ‘Saya Terima’ sudah cukup menggetarkan lutut si lelaki tersebut.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengantin lelaki dikatakan ‘diganggu’ oleh kanak-kanak ketika sesi akad nikah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aribfitri_, kelihatan bakal pengantin berada di sesi akad nikah sambil dilihat oleh para keluarga dan sahabat handai.

Situasi serius itu bagaimana pun berubah meriah dengan gelak tawa ramai apabila budak tersebut tanpa disangka-sangka melompat ke tengkuk pengantin lelaki yang ketika itu sedang berdebar kerana berhadapan dengan tok kadi untuk melafazkan akad.



Apa yang lebih lucu adalah, budak perempuan tersebut hanya lompat sekali sahaja untuk berada di atas tengkuk pengantin lelaki tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tehibur dengan gelagat kanak-kanak itu malah akui karenahnya itu sedikit sebanyak mampu meredakan gemuruh pengantin lelaki.

Antara komen warga maya:


“dia kena faham.. budak tu panjat atas bahu dia sebab nak bagi tahu selepas nikah tu semua tanggungjawab akan jatuh atas bahu dia..”


“hebat kau dik.. sekali lompat terus melekat.. yang lain auto gelak..”

“hahahaha adik berjaya buat abang gelak.. setelah abang murung dari pagi sebab kena marah dengan boss”

“member tengah ketaq adik boleh buat macam tu eh”

“nasib baik tak lompat kat pengantin perempuan, moody terus tudung tak betul nanti”

“budak ni ada bakat dah jadi atlet sekolah acara lompat tinggi”

Video yang tular di laman TikTok:

@aribfitri_ HAHA🤣🤣 #fypシ゚viral ♬ original sound – Bubih

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)