Ustaz Nazrey Keluar Daripada Raihan? Ini Penjelasan Beliau

Siapa tidak kenal dengan sebuah kumpulan nasyid popular iaitu Raihan malah mereka dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh.


Tidak cukup dengan itu, Raihan juga adalah artis Malaysia ketiga yang buat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall, selepas Sudirman dan Siti Nurhaliza. Memang bukan calang-calang artis!

Pun begitu, umum mengetahui seorang daripada anggota Raihan iaitu Ustaz Nazrey bagaimana pun telah keluar dari kumpulan tersebut.

Memetik laporan Vocket, Ustaz Nazrey memaklumkan bahawa dia dulu berhenti Raihan masa kumpulan nasyid itu berada sedang melayan kemasyuran.

Masa itu, tiba-tiba Ustaz Nazrey dapat satu panggilan daripada pendakwah di Sabah yang juga guru agama beliau.

“Bila nak datang Sabah? Sini ada 2,3 orang saja solat jemaah, kalau awak datang sini sekurang-kurangnya bertambah la juga bilangan jemaah,”

Setelah mengambil masa yang lama untuk berfikir dan akhirnya Ustaz Nazrey membuat keputusan untuk turun berdakwah di sabah.



Namun, setelah beberapa hari disana, dia akui bukanlah satu perkara yang mudah untuknya bagi meninggalkan dakwah di Sabah.

“Saya tak boleh tinggalkan dakwah di Sabah ni,” kata Ustaz Nazrey dengan tekad.

Akhirnya setelah menimbang baik buruk dan kerana sayangkan agama maka Ustaz Nazrey ambil keputusan untuk fokus 100% dakwah di Sabah.

Ustaz Nazrey juga turut akui bukan mudah untuk membuat keputusan yang drastik itu. Manakan tidak, pada ketika itu jualan album sahaja mencecah lebih daripada 800,000 unit bahkan sehingga kini tidak ada mana-mana artis di Malaysia boleh pecahkan rekod tersebut.

Ustaz Nazrey juga kata masa itu dia sudah terbiasa tidur hotel 5 bintang dan dihormati oleh ramai orang tapi tiba-tiba bila datang Sabah kena jadi orang kampung biasa dan kena bersusah payah buat kerja dakwah.

Dapat kita lihat dari kisah Ustaz Nazrey ini, beliau korbankan segala populariti demi meneruskan dakwahnya bagi menjaga agama Islam.

Sekadar berkongsi, Raihan juga pernah mencipta sejarah apabila album Puji-Pujian menjadi album terlaris di Malaysia dengan jualan melebihi satu juga unit!