Rakyat Turki Hancurkan iPhone Protes Amerika Syarikat

Presiden Erdogan sebelum ini memberitahu bahawa Turki akan mula memboikot produk Apple sebagai salah satu cara dan tanda protes ke atas sekatan ekonomi yang dikenakan kepada negara Turki oleh Amerika Syarikat. Erdogan memberi saranan kepada rakyat Turki untuk beralih kepada peranti keluaran tempatan ataupun Samsung.

Sambutan dari rakyat Turki amat memberansangkan dimana saranan beliau mula mendapat perhatian. Rakyat Turki mula memusnahkan iPhone dan memuatnaik video di media sosial sebagai tanda sokongan mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=FyOqNLfjLQM

Banyak video iPhone dihentam sehingga hancur dimuatnaik di laman sosial khususnya Facebook. Mereka menggunakan tukul untuk menghancurkan iPhone malah ada yang membakar iPhone mereka.

Walaupun kita melihat kelakuan mereka seolah-olah membazir, bagi mereka tindakan seumpama itu sebagai tindakan patriotik yang diambil selepas ekonomi Turki terjejas akibat sekatan dan tarif tinggi yang dikenakan oleh Washington ke atas Ankara.

Jadi, adakah anda sanggup bersolidariti bersama Turki dengan menghancurkan iPhone anda dan semua iPhone kenalan anda?