“Tengah racing” Aksi Geng Basikal Lajak Berlumba Di Jalan Raya Cetus Kerisauan Netizen

Isu basikal lajak dikalangan remaja semakin membimbangkan, bukan sahaja mengubah suai basikal, malah mereka juga membuat perlumbaan di tempat yang berbahaya seperti di jalan raya yang penuh dengan kereta dan motorsikal.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana beberapa orang budak lelaki sedang bermain basikal di jalan raya mencuri perhatian ramai.

Hal ini kerana, mereka melakukan gaya yang begitu pelik yang boleh mengundang bahaya pada mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @AkeemSharyzal, pada awalnya dia merakam gelagat beberapa budak lelaki bermain basikal.

Apabila ditanya apa yang sedang dilakukan, salah seorang daripada budak lelaki itu menjawab mereka sedang ‘racing’.


Dapat juga kita lihat kesemua daripada mereka membuat aksi ‘fly’ di mana baring di atas tempat duduk basikal tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan aksi tersebut sangat berbahaya dan tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi dikawasan tersebut yang penuh dengan kenderaan.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui remaja zaman kini sukar untuk dibendung dan ramai diantara mereka yang melakukan perkara yang berbahaya yang mana mampu merisaukan ahli keluarga.

Antara komen warga maya:

Video yang tular: