‘Gantikan’ Tugas Polis Trafik, Rider Grab Bantu Ambulans Beri Laluan Terima Pujian Netizen

Dalam detik kecemasan, kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan. Terutama sekali ambulans yang menggunakan lebuh raya ketika membawa pesakit.

Seperti yang kita tahu, apabila kedengaran bunyi siren ambulans, setiap daripada pengguna kenderaan mestilah memberikan keutamaan kepada ambulans bagi melancarkan lagi perjalankan mereka.

Walaupun ambulans sudah ada siren yang tersendiri untuk memaklumkan orang ramai agar diberikan laluan, seorang penghantar makanan Grab baru-baru ini tetap berusaha untuk membantu pemandu ambulans.

Menerusi sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh abam_muadz, dia yang juga seorang pemandu ambulans bangga apabila melihat seorang rider gigih mengawal lalu lintas di jalan raya.

Video memaparkan rider menggunakan sebelah tangannya sebagai isyarat agar mohon ketepi bagi memberi ruang yang secukupnya kepada ambulans yang lalu. Bukan itu sahaja, lampu kecemasan pada motosikalnya juga turut dinyalakan.

Terharu dengan sifat baik hati dan keikhlasan rider berkenaan dalam memudahkan pihak hospital menyelamatkan nyawa pesakit, Muadz sempat mendoakan agar lelaki itu dipermudahkan urusan.

“Semoga dipermudahkan urusan abang Grab,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sejak video berdurasi 31 saat itu dikongsikan pada beberapa hari lalu, ianya berjaya mengaut jumlah tontonan sebanyak 1.7 juta serta mendapat 124.3 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, netizen terharu melihat pertolongannya. Dalam pada dia mencari rezeki, dia masih membantu untuk memudahkan urusan orang lain.

Dalam pada itu mereka turut meneka mungkin rider Grab itu anggota trafik oleh kerana kecekapannya mengawal lalu lintas namun bekerja sambilan sebagai penghantar makanan. Selain itu netizen juga menitipkan doa buat rider agar dipermudahkan urusan selalu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Mgkin abg ney anggota trafik nmpak je bwak grab.. Mcm abg ipar sy.. Bwak grap tp anggota.. 😂😂”

“tngk cara bawak moto ngan lenggok dya pon dh taw tu anggota, hahaha, terbaik laa tuan rizal,”


“Aku tengok mcm ni pun dah menangis🥺”

“🥺🥺🥺ya allah mulai hati dia..luas kn la rezeki dn lancar kn la urusan nya..amin ya allah ☺️🤲🏻”

“mengalir air mata,dlm dia tengah mencari rezeki,dia luahkan masa untuk tolong orang lain”

Video yang tular di laman TikTok

@abam_muadz Semoga Dipermudahkan Urusan Abang Grab💪✌🏻🚨 #abamambulans #emsmedivac #ambulance #ambulanceservice #ambulancedriver ♬ bunyi asal – nana_achik_fans