“Bahayanya..” Terdedah Aircond Terlalu Lama, Separuh Wajah Lelaki Ini Lumpuh

Bell’s Palsy merupakan suatu keadaan di mana terjadinya kelumpuhan sementara pada otot wajah. Ia terjadi kerana saraf yang mengawal otot wajah menjadi bengkak atau keradangan menyebabkan saraf tersebut gagal berfungsi.

Perkara ini selalunya melibatkan sebelah bahagian sahaja iaitu sama ada sebelah kiri mahupaun kanan. Ia akan menyebabkan bahagian muka yang mengalami masalah tersebut lumpuh dan tidak bergerak.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana separuh wajah seorang lelaki lumpuh gara-gara sering terdedah dengan udara sejuk penghawa dingin mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sugar_gloww, dia turut mengalami kesukaran untuk makan, minum, membasuh muka dan mandi sehingga terpaksa berusaha lebih keras untuk menggerakkan bahagian otot yang terjejas

“Sebelah wajah kaku, terlalu lama terpapar angin AC ke arah wajah.” Ujarnya

Difahamkan kini pemuda ini sedang giat menjalani rawatan fisioterapi malah sempat memberikan pesan pada orang ramai supaya menjaga kesihatan.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen terkejut bahawa penghawa dingin boleh menyebabkan bells palsy.

Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan kesihatan lelaki tersebut dan berharap agar pemuda ini cepat pulih

Antara komen warga maya:

“sayapernah kena ni, aya buat acupuncture dalam 5x alhamdulillah dah pulih sepenuhnya cuma ada time2 muka macam lenguh sikit”

“saya dulu pernah kena juga pas kerja di bandara yang memang pulang sering tengah malam dan ac yang terlalu kencang”


“even kipas pun tak boleh menghadap muka apatah lagi aircond”

Video yang tular di laman TikTok:

@sugar_gloww Jaga kesehatan ya kalian 😇 #bellspalsy #fisiotherapy ♬ suara asli – sadvibes🥀

@sugar_gloww Jaga kesehatan ya 😇 #fisiotherapy #bellspalsy ♬ suara asli – sadvibes🥀