[VIDEO] Wajah Selalu Diejek & Diketawakan, Lelaki Nekad Buat Plastic Surgery

Hanya kerana memiliki wajah yang tidak begitu tampan seorang lelaki sering diejek dan ditertawakan hanya kerana paras rupanya.

Difahamkan perkara tersebut juga antara penyebab mengapa lelaki tersebut sukar diterima bekerja.

Sering diejek lelaki ini nekad buat pembedahan plastik

Oleh kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian, seorang lelaki yang berusia 26 tahun berasal dari Vietnam itu nekad untuk mengubah wajahnya.

Perubahan yang berlaku pada wajahnya itu telah dikongsikan sendiri oleh tuan empunya diri di media sosial.

Perubahan sebelum dan selepas yang mengejutkan ramai orang

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, lelaki tersebut telah memuat naik video yang memaparkan perubahan yang ketara pada raut wajahnya.

Dalam video berkenaan, lelaki tersebut turut menunjukkan rupanya sebelum melakukan pembedahan, ketika masih dalam prosedur dan hasil wajahnya selepas habis menjalani semua prosedur tersebut.

Menurut lelaki ini, sebelum mengubah wajahnya dia pernah menghadiri satu temuduga kerja namun ditertawakan hanya kerana wajahnya.

Habiskan RM70,000.00 untuk sembilan prosedur

Disebabkan itu, lelaki yang kini bekerja sebagai jurusolek di Saigon itu nekad ingin membuat perubahan pada wajahnya.

Difahamkan, kos yang telah dihabiskan untuk membuat semua prosedur tersebut mencecah kira-kira 400 juta Dong atau anggaran sebanyak RM70, 326.50.

Antara sembilan prosedur yang dijalani olehnya adalah rhinoplasty, chin implant, lip reshaping, lip implant, poercelain veneers dan pembedahan double eyelid.

Sebak pulang kerumah kedua ibu bapa tidak mengenalinya

Menurut lelaki ini, dia bukanlah datang dari keluarga yang berada. Oleh itu demi merealisasikan impiannya dia telah menggunakan duit simpanannya sendiri.

Bercerita pengalamannya ketika pertama kali pulang ke rumah selepas menjalani prosedur berkenaan, kedua ibu dan bapanya tidak dapat mengenali wajahnya.


Malah bercerita lanjut dia turut menjangkakan perkara tersebut akan berlaku. Namun ketika kejadian dia turut menangis kerana tidak dapat menahan sebak.

@quyen_do8Trả lời @halfelf2309 ##howichange lúc trc Ngoại xấu thg bị chê bai thay đổi đê mình hoan hảo hơn ạ ##Thaydoi ##daythithanhcongkhongnhi♬ feeling – Official Sound Studio

Hasilnya seakan pelakon korea

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perubahan yang berlaku sebelum dan selepas prosedur berkenaan.

Malah mereka turut terkejut dan kagum dengan hasilnya apabila perubahan wajahnya begitu ketara seakan pelakon korea.

@quyen_do8ai rồi cũng khác ##lotxac ##lotxacthanhcong♬ Con vịt xấu xí – Muyk❤️

Perkongsian video di aplikasi TikTok itu telah meraih lebih dari 2.7 juta tontonan setelah dimuat naik.