[VIDEO] “Kosong apa pun tak ada!” Sekolah Jual Mi Segera Goreng ‘Bodoh’ RM1.50, Bapa Luah Rasa Kesal

Sesi persekolahan bagi tahun ini baru sahaja bermula pada 1 Mac lalu. Pelbagai ragam dan gelagat para pelajar dikongsikan oleh ibu bapa di media sosial.

Namun begitu, ada juga perkara yang kurang senang dikongsikan oleh ibu bapa setelah sesi persekolahan ini bermula.

Makanan yang dijual dikantin sekolah didakwa tidak berbaloi

Ada ibu bapa yang memberitahu makanan yang dijual di sesetengah kantin sekolah kadangkala agak mahal.

Harga yang mahal namun pelajar diberikan dalam jumlah kuantiti makana yang sedikit dan tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan kepada mereka.

Terbaru, seorang bapa telah meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan kuantiti dan harga makanan yang dipercayai dijual di kantin sekolah anaknya.

Sebungkus mi segera goreng dengan harga RM1.50

Menerusi satu rakaman video pendek yang dikongsikan oleh Adam Azali di aplikasi TikTok memaparkan makanan yang dibeli oleh anaknya di kantin sekolah.

Dalam video tersebut kelihatan sebungkus mi segera goreng yang didakwa dibeli oleh anaknya di sekolah dengan harga RM1.50.

Menurut lelaki ini, anaknya yang berusia tujuh tahun itu pada awalnya menyangka makanan tersebut adalah mee goreng.

Disangka mee goreng rupanya mi segera

Kanak-kanak ini kemudian membawa bungkusan makanan tersebut pulang ke rumah dan alangkah terkejutnya si bapa ini apabila melihat sebenarnya itu adalah mi segera dan bukannya mee goreng.

Selain itu, lelaki itersebut turut mempersoalkan harga dan kuantiti makanan yang dijual itu. Adakah ianya berbaloi untuk dibeli ataupun tidak.

Jika dilihat daripada video tersebut, kuantiti mi segera goreng tersebut terlalu sedikit dan tidak padan dengan harga yang dijual.

Sikit dan mi segera itu kosong tiada lauk

Dah lah sikit, tak ada bahan pula tu. Tambah lelaki ini lagi, nasib baik lah dia ada menyediakan bekalan makanan untuk anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu bahawa pihak pengurusan kantin sekolah sepatutnya tidak dibenarkan menjual mi segera kerana ianya tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak.

Netizen mencadangkan perkara tersebut dilaporkan kepada pihak sekolah

Malah, netizen juga memberi cadangan kepada lelaki ini supaya melaporkan kepada pihak sekolah berhubung isu tersebut.

@adamazali0anak darjah 1, dia ingat2 Mee, sbb 2 dia bwk blk unh, BILA Sy tgk megi rupanya sbb kembang dia ingat2 Mee. adoooii pandapat anda♬ original sound – Adam Azali456


Posting yang dimuat naik itu telah meraih hampir 800,000 tontonan setelah dimuat naik dan mendapat perhatian ramai.