Lelaki Aneh Datang ‘Calit’ Sesuatu Di Pemegang Pintu Kereta, Netizen Minta Wanita Ini Bertemu Ustaz

Dalam kehidupan seharian, kita akan temui pelbagai jenis manusia. Bak kata orang, rambut sama hitam, tapi hati lain lain malah kita sendiri tidak dapat menjangka apa niat sebenar mereka.

Sebab itu lah kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berlaku perkara yang buruk pada diri sendiri atau orang yang tersayang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang duduk berseorangan di dalam kereta didatang individu aneh mencuri perhatian ramai.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @emmazack521, kelihatan lelaki yang memakai baju berwarna hitam itu berdiri di sebelah pintu bahagian pemandu.

Dapat kita lihat dia seperti ingin membuka pintu tersebut namun mujurlah wanita ini sempat kunci bahkan membuat rakaman video sebagai bukti.

Pun begitu, ada juga yang mengatakan dia seolah-olah mencalit sesuatu di pemegang pintu kereta tersebut.

“Nasib baik aku sempat kunci.. dia nak masuk dalam kereta weii.. ahh ghisauu” ujarnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@emmazack521 #fypシ ♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.6M tontonan, 72.8K tanda suka, 2448 komen dan 7331 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berpesan agar kita sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan tidak lupa untuk mengunci pintu jika menunggu ahli keluarga di dalam kenderaan.

“saya pernah kena gini dulu.. nak buka pintu kereta nasib dah kunci.. dia tak boleh buka, dia jilat cermin kereta saya.. seram..”

Bukan itu sahaja, para netizen juga hairan apakah yang dicalit oleh lelaki tersebut di bahagian pemegang pintu malah berharap agar keadaan baik-baik sahaja dan tiada perkara buruk yang berlaku.

Ada juga netizen yang memberikan tips jika berdepan dengan situasi tersebut dimana membunyikan hon yang panjang agar individu itu berasa takut dan beredar.

Berikut merupakan komen warga maya:

“next time sapa jadi gini tekan hon lama2”

“dia macam calit something je..”

“tolong pi jumpa ustaz.. dia bukan nak masuk dalam kereta akak.. dia ada letak barang dekat pintu akak..”


“Hon!! kalau ada orang cuba pegang kereta or buat something hon kereta kuat2! orang ramai akan pandang & diorang akan panik”