Kena ‘Libas’ Dengan Ekor Lori, Pemandu Myvi Tak Jadi Memotong Di Lorong Kecemasan

Kita semua sedia maklum jika ingin memotong kenderaan di jalan raya, perlu menggunakan lorong kanan bahkah sewaktu mengambil lesen kereta pun kita sudah mempelajari perkara tersebut.

Namun pada masa kini ramai yang bersikap mementingkan diri sendiri dengan menggunakan lorong kecemasan ketika trafik sesak.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang dikenali sebagai Azrai Zulkefeli tidak menyangka dapat melihat sebuah lori treler ‘mengacah’ Perodua Myvi yang mahu menggunakan laluan kecemasan ketika ‘jammed’ mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, situasi tersebut berlaku semasa dia dalam perjalanan dari Kulai ke Johor Bahru.

Menerusi rakaman dashcam yang dikongsikan, dapat kita lihat Myvi merah tersebut selamba menggunakan lorong kecemasan namun apabila dia ingin mencelah disebelah treler, kelihatan treler tersebut ‘mengacah’ menghimpit mahu menghalangnya dari menggunakan lorong tersebut.

Dek kerana terkejut, Myvi tersebut menghimpit ke bahagian penghadang tepi jalan tapi oleh kerana dia terlalu ‘cuak’, dia bagaimana pun melanggar bahagian ekor lori dan melanggar penghadang tepi jalan itu sekali lagi.

Di penghujung video tersebut, kelihatan myvi itu masuk semua ke lorong kira dan mengikut rapat treler tersebut serta tidak lagi menggunakan lorong kecemasan itu.

Video yang tular di laman TikTok:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘puas hati’ dengan cara pemandu lori tersebut mengajar myvi itu agar tidak mementingkan diri sendiri.

Dalam masa yang sama, netizen juga berharap agar orang ramai tidak menggunakan lorong kecemasan jika tiada sebarang hal-hal kecemasan.

Berikut merupakan komen warga maya:

“tindakan abam lori ni walaupun salah, tapi percayalah, ramai yang sokong tindakan ini.. motor pun tak berani sangat nak menyelit tepi lori camni..”

“jangan bagi can.. ajar je pemandu2 yang pentingkan diri sendiri ni..”

“lori tu memenuhi hajat dia untuk duduk emergency lane.. nangis la tengok pintu berparut..”


“oarang lain penat Q mana yang manual penat nak main gear bagai ko sedap2 nak potong..”