Perli ‘Couple Tak Halal’ Beli Pil Cegah Hamil, Ramai Kecam Pelajar Farmasi Ini

Media sosial sememangnya platform yang membolehkan kita bersuara pendapat namun harus kita ingat, sensitiviti juga harus dijaga agar tidak menimbulkan sebarang masalah.

Ramai daripada kita yang sering menyalah erti makna hak bersuara sehingga menyentuh isu-isu sensitif yang boleh buat ramai orang naik darah.

Seperti kejadian yang tular baru-baru ini di mana seorang pelajar di sebuah universiti swasta, turut dipercayai pelajar farmasi telah memuat naik konten berkaitan pil mencegah kehamilan atau dikenali sebagai pil Postinor.

Difahamkan gadis ini mengikut trend semasa di TikTok dan membuat satu konten yang dikatakan berunsur perlian sehingga menyebabkan ramai netizen triggered!

Posting yang dibuat menimbulkan ketidak puasan hati banyak pihak serta menjadi bualan hangat di seluruh media sosial kerana kapsyen yang ditulis didapati menyinggung sesetengah pihak kerana seolah-olah mencemuh pasangan yang membeli pil postinor di farmasi.

Video tular di Twitter:

Seorang gadis di Twitter memuat naik semula video tersebut sambil menzahirkan rasa kesalnya di ruangan kapsyen.

Dia mengaku berasa kurang senang dengan kenyataan yang dibuat oleh pelajar tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika bertemu dengan pharmacist yang dikatakan mempunyai mindset ‘longkang’ seperti gadis tersebut.

Selain itu, netizen turut menegur etikanya sebagai pegawai perubatan. Mereka berpendapat bahawa pelajar tersebut tidak seharusnya sibuk tentang hal orang lain namun sebaliknya.

Netizen juga berkata seharusnya mereka lebih mengambil tahu tentang fungsi dan kesan pengambilan ubat tersebut berbanding menjaga tepi kain orang.


Sementara itu, tindakan pelajar tersebut telah diadu oleh seorang pengguna TikTok kepada pihak pengurusan universiti.

Pun begitu, isu ini masih hangat diperkatakan di seluruh media sosial sehingga sekarang kerana perkara tersebut tidak patut dijadikan konten hanya kerana inginkan publisiti.