Bayi Nyaris Lemas Gara2 Muka Tertutup Selimut, Ibu di Sebelah Tak Perasan Anak Tercungap-cungap

Menjaga bayi ini bukanlah satu perkara yang mudah bahkan kita perlu menumpukan perhatian yang lebih agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti jatuh katil ketika tidur, tersedak susu dan banyak lagi.

Sebab itu ilmu dalam pengurusan bayi setelah mempunyai anak amat penting agar tidak menyesal di kemudian hari.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bayi kelihatan hampir tidak bernyawa mencuri perhatian ramai.

Menerusi rakaman kameralitar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Wagyukubb, memaparkan seorang bayi dipercayai terjaga dari tidur pada waktu malam sementara si ibu yang berada di sebelahnya sedang tidur di atas katil yang dikelilingi dengan bantal dan selimut.

Namun tiba-tiba bayi itudilihat lemas kerana terperangkap dalam selimut. Pun begitu, si ibu yang tidur nyenyak langsung tidak perasan dengan keadaan anaknya yang sudahpun sukar untuk bernafas.

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki yang dipercayai merupakan bapa kepada bayi berkenaan telah masuk ke dalam bilik tersebut dan segera mengalihkan kain terbabit daripada muka si kecil.

Video yang tular di laman TikTok:

@wagyukubb #เตือนภัย ไม่ควรนำของเล่น หมอน หรือผ้าห่ม วางไว้ในที่นอนลูกมากเกินไป เพราะของพวกนี้อาจจะไปทับตัวลูกน้อย ทำให้หายใจไม่สะดวก ซึ่งอาจจะเกิดอันตรายต่อลูกได้ #sids ♬ เสียงต้นฉบับ – Wagyu ลูกวัวน้อย – Wagyu บักงัวน้อย

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 16.7M tontonan, 726.1K tanda suka, 17.6K komen dan 34.2K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘cuak’ melihat rakaman CCTV tersebut kerana takut perkara yang tidak diingini berlaku malah bersyukur kerana ayahnya cepat masuk dan mengalihkan selimut tersebut daripada muka anaknya.

Dalam masa yang sama, ramai juga diantara warga netizen mengakui meletakkan anak mereka di atas tilam kosong tanpa sebarang bantal dan selimut kerana takut perkara seperti ini berlaku kerana malang tidak berbau.

Berikut merupakan komen warga maya: