“Kotor dan siap berjahit lagi tali dia.” Guru Sedih Lihat Pelitup Muka Murid Yang Dipakai Berulang Kali

Kebanyakan negara telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam berikutan penularan wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia.

Tidak ketinggalan negara kita, Malaysia juga turut sama mewajibkan perkara ini bermula 1 Ogos yang lepas di mana kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam yang sesak dengan orang ramai.

Jika didapati tidak mematuhi arahan tersebut, pihak berkuasa boleh mengeluarkan kompaun yang berjumlah RM1,000 kepada setiap orang awam yang ingkar.

Pemakaian pelitup muka ini juga diwajibkan bagi semua murid-murid yang hadir ke sekolah.

Namun begitu, seperti yang kita ketahui, tidak semua orang mampu untuk membeli pelitup muka setiap hari.

Seorang guru dengan nama Twitter Fazri Hassan terkejut apabila melihat pelitup muka seorang muridnya yang kelihatan kotor dengan talinya berjahit.

Fazri berkongsi foto dan kisah tersebut di laman twitter miliknya.

“Hari ini saya ambil sedikit masa berbincang dgn murid mengenai pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang sesak.

“Terdiam seketika saya apabila melihat pelitup muka seorang murid kelihatan kotor dan siap berjahit lagi tali dia.

“Apabila tanya murid lain ada juga yang tukar baharu selepas 2-3 hari pakai. Apa apa pun, ini sekadar kisah murid saya tapi mngkin juga boleh terjadi dgn murid murid cikgu yg lain. Semoga kita sentiasa cakna dan prihatin untuk mereka.

“Dah tukar pelitup muka murid dengan yang baharu dan siap sedia pelitup muka percuma untuk murid yang tidak berkemampuan kat kelas.”

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap murid yang terkesan, malah ada yang bertanyakan untuk menghulurkan bantuan.

“Ye betul. saya mengajar luar bandar dan ada sesetengah pelajar saya merupakan orang asli. memang begini keadaan mask mereka. sebagai seorang guru dan manusia punya hati, saya telah menggantikan mask dengan yg baharu.”