Tak Buat Apa-Apa Selama 2 Jam, Video Lelaki Ini Terima Lebih 2.6 Juta Tontonan

Saluran Youtube kini menjadi salah satu platform orang ramai berkongsi pelbagai jenis video kepada semua orang.

Seperti yang diketahui umum, ramai yang sudah berjaya menjana pendapatan mereka melalui Youtube.

Namun begitu, satu video seorang lelaki yang tidak berbuat apa-apa dan sekadar termenung jauh memerhatikan sesuatu boleh menjadi tontonan ramai pengguna YouTube.

Menerusi akaun ‘sobat miskin official’, lelaki ini berjaya menarik lebih 2.6 juta tontonan dengan lebih 70 ribu tanda suka pada videonya.

Lelaki ini bertahan selama 2 jam 20 minit tanpa berbuat apa-apa

Video tersebut yang berdurasi 2 jam 20 minit, memaparkan beliau yang tidak berbuat apa-apa.

Ya, lelaki ini tidak berbuat apa-apa selama lebih 2 jam, sekadar duduk sahaja dan memerhatikan kamera.

Pemuda itu berjaya tidak berbuat dalam tempoh yang lama

Apa yang peliknya adalah video lelaki tersebut sudahpun ditonton oleh orang ramai di YouTube.

Malah, rata-rata penonton terkejut dan tidak percaya kerana pemuda itu berjaya untuk tidak melakukan apa-apa dalam tempoh masa yang agak lama itu.

Difahamkan, lelaki itu merakamkan video berkenaan sekitar jam 11 malam dan berakhir jam 1 pagi.