Honda Civic Terlalu ‘Lowered’, Netizen ‘Stress’ Tengok Kegigihan Pemandu Keluarkan Kereta Di Stesen Minyak

Minat dan cita rasa seseorang sememangnya berbeza. Ada yang sanggup ‘make up’ kereta demi kepuasan diri sendiri. Seperti yang kita tahu, Seni ‘stance’ dalam automotif cukup terkenal sebagai satu subkultur yang mengubahsuai kereta menjadi rendah dan tayar ‘terkepak’ keluar.

Bahkan, ianya sangat popular di Jepun dan kini menjadi ikutan di seluruh dunia.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah kenderaan jenama Honda Civic mengalami kesukaran untuk keluar dari stesen minyak dek kerana keretanya yang begitu ‘lowered’ sehingga tidak dapat melepasi permukaan jalan yang tidak rata.

Dapat kita lihat pemandu tersebut mencuba sehabis baik untuk melepasi permukaan itu namun akhirnya merosakkan kenderaannya sendiri.

Bukan itu sahaja, ‘bumper’ hadapan kenderaan tersebut juga dilihat terkepak dan tersagat pada permukaan jalan menyebabkan ianya calar.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut ‘perit’ melihat keadaan keretanya yang rosak malah menyifatkan kereta-kereta ‘stance‘ hanya sesuai untuk diletakkan semasa acara pameran sahaja dan sangat tidak praktikal untuk digunakan sebagai kenderaan harian.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang akui turut ‘stress’ melihat situasi tersebut walaupun kenderaan itu bukan milik mereka.

Antara komen warga maya:

“aku yang tengok pula rasa penat”

“kereta macam ni tak layak ada atas jalan raya.. boleh letakdekat show2 and event je”


“kereta dan sempurna dia pergi burukkan buat tayar kengkang. hambik hang, seronok betul tengok ni”

Video yang tular di Facebook: