“Kluster oversea ini banyak demand” Rindu Geng Tabligh, Frontliner Luah Rasa Kecewa

Petugas kesihatan antara barisan hadapan negara yang terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan dalam usaha negara memerangi wabak Covid-19.

Menerusi perkongsian di Facebook Dr Mohd Afiq, beliau meluahkan kerinduan kepada pesakit Covid-19 daripada kluster Tabligh yang dikatakan sangat baik dan merendah diri.

Kluster baru yang menjengkelkan

Beliau turut berkongsi kisahnya semasa merawat pesakit Covid-19 kluster tabligh sebelum ini.

“Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Dia orang ini semua sangat mudah memberikan kerjasama”.

“Seronok terasa merawat dia orang ini walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita”tulisnya.

Azan sentiasa berkumandang dalam wad

“Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan Al-Quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka”.

Menurut beliau lagi, sikap yang ditujukkan oleh kluster tabligh menyenangkan yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik.

Kluster tabligh berikan kerjasama yang terbaik

“Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut, itulah Kluster Tabligh”.

Oleh kerana segelintir yang dikatakan bersikap mementingkan diri sendiri ramai yang turut menjadi mangsa keadaan.

“Walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri”.

“Itu yang menyebabkan yang lain menjadi mangsa. Tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana”.

Dipanggil kluster jengkel

“Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL”.

“Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid”.

Kluster ini pergi melancong dan berkongsi gambar kemudian acah-acah jadi mangsa penyakit covid.


“Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb”tulisnya lagi.

Kluster ini banyak demand

“Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu”.

Malah menurutnya lagi, mereka turut demand memilih tempat dan turut mempersoalkan mengenai keselesaan ketika ditempatkan di wad.

“Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi”.

Tidak memberikan kerjasama yang baik dengan petugas kesihatan

“Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je”.

Walaupun menurut Dr Afiq bukan semua berperangai begitu tetapi sepatutnya mereka lebih menghormati petugas kesihatan ini kerana mereka bergadai nyawa berdepan risiko jangkitan.

“Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar”.

“Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan”tulis beliau lagi.

Pekerja kesihatan juga berkorban demi kesejahteraan rakyat

Tulis beliau lagi, beliau cuba memahami keadaaan mereka tetapi petugas kesihatan juga terpaksa berjauhan dengan keluarga demi tuntutan kerja.

“Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel”.

“Nak buat macam mana, kene hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko”.

“Diorang ni plak datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua, rindu geng tabligh”.

Semoga semua pihak bertolak ansur dan saling memberikan kerjasama yang baik antara satu sama lain.